Categories
Uncategorized

Medical Card Protection Sikit – Tukar, Upgrade atau Tambah Plan?

Sudah lebih 20 tahun medical card ditawarkan di Malaysia. Tapi pada zaman-zaman dulu kos rawatan di hospital tak lah terlalu tinggi dan oleh sebab itulah limit medical card pun tak banyak macam zaman sekarang.

Jadi buat mereka yang sudah ada medical card sebelum tahun 2010, jumlah coverage yang anda ada mungkin hanya sekitar RM100,000 limit seumur hidup dan itu belum kira limit tahunan yang boleh guna yang mana kita tahu untuk sakit kritikal seperti pintasan jantung, kanser dan sebagainya memerlukan kos melebihi RM100,000. Jelas menunjukkan medical card anda sudah tidak mampu untuk menampung kos rawatan yang naik secara mendadak sekarang ini.

Jadi apa yang patut anda lakukan? Tukar plan baru? Atau upgrade ke plan yang lebih tinggi? Atau tambah lagi satu medical card?

Ini kupasan yang anda patut tahu sebelum membuat keputusan.

  1. Tukar Plan Baru

Kelebihan menukar plan baru membolehkan anda menikmati tawaran pelindungan yang diidamkan. Malah ada pengendali takaful yang menawarkan pelan perlindungan tanpa had samada had tahunan mahupun seumur hidup. Jadi memang dah tak perlu pening kepala kalau lagi 10 tahun kos rawatan meningkat lagi. Sebab semuanya unlimited.

Tapi satu perkara penting yang anda perlu tahu adalah polisi insurans lama anda telah pun matang dan ‘kebal’ untuk claim segala jenis penyakit yang dilindungi.

Untuk pengetahuan siapa yang belum tahu, kebanyakan pengendali takaful memerlukan tempoh 2 tahun untuk jadi ‘kebal’(matang). Sebelum tempoh 2 tahun sampai, pengendali takaful berhak untuk menyiasat terlebih dahulu bila sakit yang dihidapi berlaku. Jika berlaku selepas apply medical card, maka tiada masalah untuk claim. Jika terbukti berlaku sebelum apply medical card, maka jawabnya tak boleh claim.

Jadi disini kalau anda stop medical card anda yang lama tu, dan apply plan baru maka anda kehilangan kuasa ‘kebal’ medical card lama anda. Dan tempoh kekebalan 2 tahun itu perlu bermula semula dari awal. Sekiranya sebelum tempoh 2 tahun ditakdirkan anda menghidap sakit kritikal dan doktor mengesahkan sakit itu berlaku sebelum apply medical card yang baru maknanya anda tidak akan dapat perlindungan dari mana-mana medical card sama baru ataupun lama. Bukankah ini satu kerugian yang besar?

2. Upgrade ke Plan yang lebih bagus

Berbeza dengan tukar, upgrade tidak memerlukan tempoh kekebalan yang lama seperti ‘tukar pelan baru’. Hanya 1 bulan ‘waiting period’ diperlukan untuk jadi ‘kebal’ balik namun perlu diingatkan sekiranya dalam tempoh 1 bulan itu anda menghidap apa-apa penyakit, ada kemungkinan sakit itu tidak akan dicover namun masih tertakluk kepada polisi syarikat pengendali masing-masing.

Cuma perlu diingatkan disini, pada kebiasaanya, polisi medical card hanya boleh upgrade dalam ‘jenis’ yang sama. Medical card yang terbaru biasanya tergolong dalam ‘jenis’ yang berbeza. Maknanya anda masih tidak mendapat perlindungan yang paling terkini yang sesuai dengan zaman sekarang.

3. Tambah Medical Card

Tambah medical bermaksud anda masih meneruskan medical card sedia ada dan dalam masa sama anda menambah lagi satu medical card untuk mencukupkan jumlah perlindungan.

Kelebihan cara ini adalah anda hanya tertakluk kepada waiting period & tempoh matang 2 tahun untuk medical card baru sahaja. Jika terjadi sesuatu kepada anda, anda tidak perlu risau kerana medical card lama anda cukup bersedia untuk digunakan.

Kekurangan cara ini sudah tentulah anda memerlukan bajet tambahan untuk membayar 2 medical card dalam satu masa. Namun sudah ada pengendali takaful yang menawarkan medical card tambahan untuk mereka yang mempunyai masalah limit medical card tidak cukup dengan harga permulaan di bawah RM100. Jadi ia tidaklah satu beban yang besar dengan tawaran unlimite coverage.

Mana satu pilihan yang terbaik terletak di tangan anda.

Categories
Uncategorized

Ada Medical Coverage Company? Seriusly anda kena baca ni

Anda memang patut berbangga sekiranya syarikat anda bekerja menawarkan tuntutan rawatan inpatient dan outpatient, nak-nak lagi kalau company terus bagi medical card kepada anda. orang kata bukab ‘kaleng-kaleng’ company yang bagi medical card ni sebab kebanyakan syarikat-syarikat ‘besar’ yang dulu medical coverage unlimited pun dah stop bagi medical coverage kepada staf-staf baru.

Ini semua sebab kos rawatan yang meningkat hingga tak terjangkau dek akal, duit syarikat habis begitu saja untuk menampung kos rawatan. Namun masih ada syarikat-syarikat yang memberikan kemudahan ini kepada staf dan ada juga menawarkan elaun khas kepada pekerja untuk memohon medical card personal. Ini menunjukkan syarikat yang anda bekerja satu syarikat yang mempunyai kewangan yang sangat kukuh dan mementingkan kebajikan pekerja.

Ada beberapa perkara yang anda perlu tahu tentang medical coverge yang disediakan oleh syarikat anda bekerja sekarang ini:

1 – Berapa Coverage Setiap Tahun?

Ini perkara paling penting. Kalau coverage diberikan dibawah RM20,000, ini bermakna coverage yang disediakan sangatlah sikit. Realiti pada hari ini, jika anda hanya demam dan warded di hospital pun boleh cecah RM3,000-RM5,000. Manakala untuk appendicitis boleh cecah RM10,000-RM18,000.

Jika sakit-sakit ini saja boleh buat limit tahunan yang diberikan syarikat habis begitu saja, bagaimana kalau sakit serius seperti Cyst & kanser? Mana lebih penting, rawatan untuk sakit-sakit biasa atau rawatan untuk sakit yang serius yang memerlukan kos tinggi? Sudah tentu sakit yang memerlukan kos yang tinggi bukan?

2 – Sampai Bila Anda Akan Dilindungi

Sebelum tahun 2013 ada syarikat yang memberi medical coverage berterusan, sampai pencen pun syarikat masih tanggung lagi kos rawatan. Yelah, masa kerja badan kita aktif, belum sakit lagi, bila dah pencen, kita dah kurang aktif jadi penyakit pun datang. Tambah lagi dengan faktor usia, semakin berusia, makin banyak penyakit yang datang. Bila dah pencen duit dah tak ada, medical coverage syarikat sangat membantu.

Jika syarikat anda bekerja menawarkan perlindungan sehingga anda pencen, maka bersyukurlah. Anda berada di syarikat yang terbaik di galaksi ini.

Apa rancangan anda sekiranya anda hanya dilindungi selagi masih berkhidmat di syarikat yang sama? Apa yang anda perlu ‘take note’ adalah sekiranya anda nak apply medical card selepas pencen nanti, sudah semestinya sangat mahal dan yang paling perlu diberi perhatian ialah sekiranya sudah ada penyakit sebelum apply medical card personal, kemungkinan besar sakit itu tak dilindungi.

3 – Jenis Medical Coverage

Ada banyak bentuk coverage yang diberikan syarikat untuk perkerja. Ada syarikat yang hanya menyediakan medical coverage untuk outpatient sahaja iaitu di Klinik sahaja. Klinik menjadi panel untuk syarikat anda bekerja. Anda tak perlu bayar, Klinik claim terus daripada syarikat.

Untuk rawatan inpatient, ada syarikat yang masih menampung kos rawatan warded secara terus dengan hospital. Bermaksud syarikat membayar secara terus kepada hospital semua kos mengikut kelayakan pekerja.

Satu lagi jenis coverage yang popular pada harini adalah Medical Card Company. Untuk menjimatkan kos yang perlu dikeluarkan syarikat untuk tujuan perubatan, syarikat menyerahkan kos rawatan kepada third party company seperti syarikat-syarikat insurans. Syarikat hanya perlu mengeluarkan sedikit kos dan tidak perlu pening kepala untuk menampung kos-kos rawatan pekerja.

Sekiranya anda mendapat perlindungan rawatan seperti diatas, mungkin anda perlu memikirkan option untuk mendapatkan perlindungan yang menyeluruh. Tanya diri anda:

  1. Sekiranya anda tukar tempat kerja, adakah anda masih dilindungi?
  2. Siapa yang akan menampung kos rawatan sekiranya limit rawatan melebihi had?
  3. Adakah anda boleh continue bayar medical card yang diberikan syarikat jika anda berhenti?

Apa patut anda buat?

Walaupun anda sudah mempunya medical card company, adalah lebih baik anda mendapatkan medical card personal untuk mengelakkan masalah-masalah seperti kos rawatan tidak mencukupi, perlidungan untuk waktu selepas pencen atau tukar tempat kerja dan yang paling penting, sumbangan lebih murah jika anda apply medical card ketika masih muda berbanding appy semasa anda pencen nanti.

Categories
Uncategorized

Dianggap Payah & Kolot, Ini Kehebatan Takaful Yang Anda Patut Tahu

Tinjauan TheFulus secara rawak mendapati masih ramai lagi yang tak faham beza antara Insurans & Takaful. Bila ditanya ” Dah buat perlindungan Takaful?” Rata-rata ramai yang menjawab:

Takaful? Insurans ke? Ada ni insurans, saya ambil dengan Syarikat Y

Bila ditanya kenapa memilih insurans walaupun Syarikat Y ada menawarkan Takaful juga?

Eh jap, bukan sama je ke? Lagipun ejen saya ada cakap lebih baik ambil insurans conventional sebabnya murah. Pastu kalau ambil takaful payah nak claim

Walaupun dah lebih sedekad takaful diwujudkan, tapi masih ramai yang beranggapan takaful adalah kaedah insurans conventional yang sama cuma perkataan sahaja berubah dengan tujuan untuk menarik minat orang Islam. Apa yang mereka faham, Insurans & Takaful kedua-duanya bagi pampasan sekiranya berlaku musibah.

Takaful Menggunakan Konsep Tabarru’ Dan Tidak Sama Dengan Insurans Conventional Yang Menggunakan Konsep Jual Beli

Bila sebut saja Tabarru’, ramai yang berbelit lidah nak menyebutnya, apatah lagi nak memahaminya. Jadi TheFulus cuba untuk menggunakan bahasa mudah supaya semua orang boleh memahami The Power of takaful.

Bila korang apply insurans, samada korang sedar atau tak sebenarnya urusan korang dengan syarikat insurans tu adalah urusan jual beli. Persoalannya kat sini, apa yang syarikat tu jual dan apa yang korang beli? Adakah korang beli ‘nyawa’? Atau beli kesihatan tubuh badan? Pastu nak tanya balik ni, boleh ke korang beli nyawa? Mestilah tak kan! Sebab semua tu kita tak pasti. Pernah korang tengok memana kedai atau hospital yang pasang signboard iklan NYAWA UNTUK DIJUAL?? So, nak kabo kat sini bila adanya ketidak pastian maka ia ditakrifkan sebagai Gharar. Dan dekat situlah insurans diklasifikasikan sebagai haram disisi Islam.

Jadi Apa Bezanya Insurans Dengan Takaful?

Perbezaan besar antara takaful dan insurans adalah, U.R.U.S.A.N

Insurans diklasifikasikan sebagai pemindahan risiko daripada seorang individu seperti korang, atau sebuah organisasi seperti syarikat korang kepada syarikat insurans. So korang dikenali sebagai pemegang polisi. Jadinya syarikat insurans akan terima bayaran daripada korang dalam bentuk premium. Let say korang alami kerugian atau kerosakan, so nanti syarikat insurans akan bayar pampasan dekat korang.

So kita masuk pulak bab takaful. Takaful ni yang bestnya pelan perlindungan dia mengikut prinsip Syariah. Dengan mencarum sejumlah wang ke dalam dana takaful dalam bentuk caruman penyertaan (tabarru’) automatik korang memeterai kontrak (aqad) yang membolehkan korang jadi peserta dengan bersetuju untuk saling membantu antara satu sama lain, sekiranya salah seorang peserta lain mengalami kerugian yang ditetapkan. Okay! Faham kan konsep takaful ni?

Sebagai contohlah nak kasi senang faham. If one day ditakdirkan kita menghidap stroke, dah tentu kita tak boleh nak bekerja dah & bila tak kerja mana nak datangnya income kita? Peserta-peserta lain menderma duit mereka, mereka kumpulkan dalam tabung tabarru’. Kemudian hasil kutipan ni diberikan kepada kita sebab kita sedang ditimpa masalah stroke. So, dalam erti kata lain duit sumbangan takaful yang korang bayar bulan-bulan tu merupakan DERMA bagi membantu peserta lain yang dalam kesusahan. Bukankah derma itu suatu yang dituntut di dalam Islam?

Duit takaful yang tiap bulan ejen ingatkan suruh bayar tu atau automatik deduct dari akaun bank korang, duit tu lah yang kita panggil ‘derma’.

Ingat, takaful bukan macam derma, ia memang satu D.E.R.M.A. Best tak tanpa korang sedar, duit contribution yang korang bayar every month tu actually korang derma kepada orang yang memerlukan?

Jadi Apa Pula Fungsi Syarikat?

Syarikat takaful bertindak sebagai pengendali & pengurus kepada persetujuan antara peserta-peserta ini. Dalam konsep takaful, syarikat bukanlah pemilik kepada tabung tabarru’. Duit di dalam tabung tabarru’ tetap menjadi milik peserta-peserta. Maknanya, bila berlaku apa-apa kepada syarikat pengendali, korang jangan risau duit korang tetap selamat.

Dah tu macamana pulak syarikat nak buat untung kalau duit tabung ni milik peserta? Sabo.. cerita dia macam ni. Sedikit duit sumbangan takaful yang korang bayar every month tu akan diberikan kepada syarikat sebagai caj pengurusan. Haa..yang ni kita panggil wakalah.

Ramai Yang Cakap Susah Nak Claim Takaful?

Actually melalui takafullah proses lebih telus & selamat. Angka yang kami perolehi, more than 90% claim diluluskan setiap tahun. Meh nak cerita lagi. Haaa…duit-duit yang terkandung dalam tabung tabarru’ ada duit korang dan juga duit peserta-peserta lain. So korang happy ke kalau ada peserta lain sesuka hati guna duit yang korang sumbangkan every month tu walaupun sebenarnya dorang tak sakit? Mesti mencirap je rasa kan? Apa point penting nak kasi tau kat sini adalah takaful merupakan pilihan yang paling tepat. Tak payah pening-pening, nak merisau bagai semua tu. Sebab duit korang dijaga dengan selamat oleh syarikat pengendali. Mereka akan pastikan duit korang tak disalah guna dan dalam masa sama dapat digunakan untuk tujuan mereka yang memerlukan.

Apa Lagi Kelebihan takaful?

Kalau korang nak tahu kan, sistem takaful kat Malaysia ni ada dua jenis pembahagian pampasan yang sangat mudah dan hebat iaitu Hibah & Wasi’. Kita ketepikan dulu maksud terma-terma yang payah ini, kita cuba guna bahasa yang paling mudah sekali.

Mesti korang dah jemu tengokkan bila setiap kali nak bahagi harta pusaka je mesti ada yang gaduh antara waris-waris, sebab masing-masing sibuk nak tuntut hak masing-masing. Macam mana pulak kalau tetiba datang orang yang tak berkaitan sibuk-sibuk nak tuntut pampasan takaful dari keluarga korang??

Bertenang…pergi minum kopi dulu. Cerita dia macam ni ye. Dengan takaful korang tak perlu risau sebab InsyaAllah semua tu tak kan terjadi. How? How? Sebab dalam konsep takaful, peserta berhak menamakan sesiapa sahaja untuk menerima pampasan takaful dan mereka akan menerimanya secara mutlak. Maknanya tiada sesiapa yang boleh cabar & pertikai keputusan ni sebab ianya jelas dibawah Akta IFSA 2013.

So secara ringkasnya, Takaful memang langsung tak sama dengan Insurans Konvensional, malah takaful ni lebih jelas, lebih telus dan lebih ohsem! Dengan takaful korang boleh merancang dan dilindungi tanpa sebarang masalah.

So apa tunggu lagi? Contact ejen-ejen berdaftar sekarang untuk dapatkan perlindungan takaful. Pilihan ditangan anda.

Categories
Uncategorized

8 Cara Popular Pilih Medical Card Terbaik

Macamana cara popular nak pilih medical card terbaik? Ini Panduan Ringkas & Padat kami buat khas untuk anda, supaya mudah anda nak pilih mana satu medical card terbaik untuk anda dan yang tersayang.

8 Cara Sebenar Pilih Medical Card Terbaik

Cara 1 – Viral

Zaman sekarang dan viral tak dapat dipisahkan ibarat irama dan lagu pada zaman P Ramlee dulu. Hadamlah kisah viral dengan waras. Ada saja viral tentang claim tak lulus especially terhadap Top 3 pengendali takaful di Malaysia.

Semakin ramai peserta semakin tinggilah kebarangkalian kena viral. Mungkin ada sedikit kesilapan, mungkin juga ada salah faham. Tiada apa yang sempurna dalam dunia ni. Jadi untuk kes viral, janganlah tengok kes viral tersebut, tengoklah track rekod kelulusan claim pengendali takaful pilihan anda. Boleh mintak dengan ejen statistik kelulusan claim.

Cara 2 – Medical Card Personal Atau Cover 1 Family?

Ibarat anda ada 5 buah kereta tetapi hanya ada 1 road tax sahaja. Itulah perumpamaan 1 Medical card cover 1 family. Namun Jika anak anda ramai sehingga 5 orang, Medical card cover 1 family mungkin adalah penyelesaian terbaik untuk anda. Cuma nasihat kami, bacalah terma-terma syarat sebelum bersetuju mengambilnya. Maksud kami, betul-betul baca terma dan syarat, jangan hanya dengar & percaya. Jika tidak, kenapa diwujudkan medical card personal kalau medical card 1 family sudah lengkap?

Cara 3 – Stand Alone atau dengan Rider

Stand Alone bermaksud hanya medical card semata-mata, tiada manfaat lain. Ibarat makan nasi lemak tapi tiada kuah tiada bilis, nasi semata-mata.

Medical Card Stand Alone kena diperbaharui setiap tahun dan tiada jaminan boleh diperbaharui. Apa itu jaminan boleh diperbaharui? Itu kita akan pelajari dalam point seterusnya.

Rider bermaksud manfaat tambahan. Kali ni nasi lemak ada kuah, ada bilis, ada kacang, kerang, sotong dan sebagainya. Makin banyak lauk makin mahal lah.

Bila ambil satu pakej maka lebih cost effective lah polisi takaful anda berbanding ambil polisi berasingan satu satu. Manfaat yang paling popular dikalangan pemilik polisi adalah seperti manfaat pampasan sakit kritikal, income replacement, kemalangan dan juga contributor atau waiver iaitu bayaran polisi ditanggung pihak pengendali sekiranya anda kena sakit kritikal.

Cara 4 – Guarantee Renewable atau No Guarantee Renewable

Apakah erti semua ini? Nak sebut pun dah berbelit lidah. Tak faham klausa-klausa lain tak apa tuan-tuan, jangan tak faham klausa ni. Macam takaful kereta, kena renew setiap tahun kan? macamtulah perumpamaan untuk No Guarantee Renewal, kena renew setiap tahun.

Walaupun kita kadang-kadang tak perasan pun kita renew medical card kita setiap tahun, tapi kalau polisi yang anda ambil guna klausa ni, ini beberapa perkara yang anda patut ambil tahu. Jika anda sakit kritikal, pihak takaful berhak untuk tidak meneruskan polisi sedia ada dan juga boleh naikkan premium tambah atas sebab sudah memiliki sakit kritikal.

Biasanya polisi no guarantee renewal ni dia masa mula-mula ambil tu murah. Bila dah sakit barulah dia mahal dan boleh lebih mahal dari polisi guarantee renewal.

Nama panggilan untuk klausa ini mungkin berbeza-beza untuk setiap syarikat. Ada yang panggil Guarantee renewal, ada non cancelable dan macam-macam lagi. kami sangat sarankan anda ambil polisi yang guarantee renewal. Kerana yang tertulis atas kertas itulah bukti yang menjamin polisi ini boleh diteruskan pada masa akan datang. Takkan dah sakit, polisi kena cancel, nak apply polisi lain siapa nak terima time dah sakit ya dak?

Cara 5 – Limit Tahunan & Seumur Hidup

Limit ni biasanya yang first tuan-tuan tengok kan? betul tak? Ok lar, betul lar tu, tak ada salah pun. Tengok limit yang ditawarkan ya tuan-tuan. Limit ada dua jenis, limit tahunan dan juga seumur hidup.

Nak tahu limit tu cukup tak cukup, pergi tanya hospital, berapa kos rawatan sakit yang tuan-tuan rasa paling mahal? Contoh rawatan pintasan jantung. Katakan pada tahun ni kos dia RM140,000. Tanya sekali hospital, agak-agak kalau lagi 10 tahun berapa anggaran kos rawatan pintasan jantung ni?

Kemudian bandingkan dengan limit yang ditawarkan. Kalau cukup dengan kos rawatan yang hospital beritahu maka cukuplah tu pilih limit tu. Kalau tak nak pening kepala, pilih saja medical card dengan ‘Unlimited Coverage’. Tahunan dan seumur hidup. Ada faham?

[pam post_id=4777]

Cara 6 – Full Cover, Deductible atau ko-takaful?

Lagi satu istilah yang mungkin berjaya memeningkan kepala tuan-tuan untuk memahaminya. Jangan bimbang kami akan terangkan seringkas mungkin dalam bentuk bahasa manusia biasa demi anda semua.

Full Cover ertinya perlindungan penuh. semua kos rawatan yang berkaitan akan ditanggung. Yang tak berkaitan dalam rawatan tak ditanggunglah ya.

Deductible ertinya sebahagian bil ditanggung sendiri oleh client. Contoh kalau deductible RM500, bil RM30,000. Sanggup tak bayar RM500 untuk dapat rawatan RM30,000? Ada syarikat yang deductible RM300 je. Jadi tak kisah berapa pun bil, RM100,000, RM200,000 hanya RM300 sahaja yang kita kena bayar sendiri.

Macam tak best je kan? Nanti dulu…sebenarnya ia lagi bagus. Sebab yang paling best, kita dapat jimat caruman bulanan jika kita ambil deductible.

Ko-Takaful hampir sama dengan deductible cumanya ko takaful dikira berdasarkan % daripada jumlah bil. Contohnya RM5000 bil hospital, 10% daripada bil hanyalah RM500 kena bayar sendiri.

Manfaat dia pun sama, kita dapat jimatkan caruman bulanan. Berbanding kita kena bayar lebih mahal setiap bulan demi untuk full cover why not kita jimat duit setiap bulan? kalau sebulan jimat RM50, setahun sudah jimat RM600!

Mane lebih bagus? tepuk dada tanya selera

8 Cara pilih Medical Card terbaik

Cara 7 – Hospital Panel

Cara pilih medical card terbaik yang ke tujuah adalah Senarai Hospital Panel. Tidak semua hospital menjadi panel untuk semua pengendali takaful. Walaupun anda tetap boleh bayar dulu dan claim balik di hospital tidak panel, tapi jika bil mencecah puluhan ribu dan ratus ribu penat juga nak membayarnya.

Cuba pergi beberapa hospital yang anda suka berdekatan kawasan tempat tinggal, tanya senarai syarikat takaful yang menjadi panel mereka. Jika termasuk dalam senarai, maka lulus untuk anda ambil medical card dengan syarikat tersebut.

Cara 8 – Cara Nak Claim

Lain syarikat lain cara. Cara paling senang adalah hanya bagi medical card pada hospital dan semua urusan pihak hospital uruskan. Ada juga syarikat yang memerlukan kita bayar dulu kemudian claim balik dengan syarikat takaful.

Untuk rawatan susulan kebanyakan memerlukan anda bayar dulu dan claim balik dengan syarikat takaful. Jika anda mohon medical card di bank, kebiasaannya memerlukan anda ke bank untuk menguruskan claim-claim tersebut. Jika anda ada ejen, maka senanglah kerja anda, ejen datang berjumpa terus dengan anda untuk uruskan claim terbabit.

Jadi Medical Card Apa Paling Terbaik?

Pada tahun 2020 ini, medical card terbaik bukan yang murah semata-mata, tapi yang paling penting apa yang anda akan dapat dengan nilai tu dan apa kesan terhadap medical card jika anda sakit dan kerap menggunakannya. Untuk Maklumat lanjut berkaitan Medical Card di Malaysia ini, anda boleh layari laman rasmi pengendali-pengendali takaful di Malaysia ini:

Medical Card Malaysia: 1. Prudential BSN Takaful Medical Card 2. Great Eastern Takaful Medical Card 3. AIA Medical Card 4. Zurich Takaful Medical Card 5. Takaful Ikhlas Medical Card

Semoga tips ini dapat membantu anda semua memilih medical card terbaik untuk diri anda dan juga untuk yang tersayang.

Baca Juga Post Kami Yang lain Berkaitan > Medical Card

https://thefulus.com/21-perkara-yang-tak-dilindungi-medical-card/
https://thefulus.com/dianggap-payah-kolot-ini-kemampuan-takaful-yang-anda-patut-tahu/
https://thefulus.com/bagaimana-lelaki-ini-bangkit-dari-patah-tulang-belakang-hanya-1-bulan/
Categories
Medical Card Uncategorized

Medical Card Online Ubah Cara Mohon Takaful

Kini wujud satu platform dinamakan Medical Card Online yang mengubah cara masyarakat memohon takaful daripada kaedah konvensional melalui perjumpaan secara berdepan-depan kepada perjumpaan menerusi alam maya. Jadi anda boleh memohon medical card secara online sahaja

medicalcardonline.my

Apa Dia MedicalCardOnline.my Ni?

Sejak berlakunya penularan wabak covid-19, kesedaran masyarakat tentang kepentingan takaful terutamanya medical card meningkat secara mendadak namun ramai yang takut untuk berjumpa dengan ejen takaful kerana bimbang dijangkiti virus ini.

Melihat perubahan ini syarikat-syarikat takaful mula mengubah langkah dengan memperkenalkan kaedah pendaftaran melalui atas talian tanpa perlu pemohon berjumpa dengan secara berdepan dengan ejen.

Kaedah yang julung-julung kali diperkenalkan ini mendapat sambutan yang baik dikalangan masyarakat kerana tidak perlu lagi berjumpa secara berdepan dengan ejen dan dalam masa yang sama mengelakkan potensi keberjangkitan wabak covid-19.

Melihat peluang ini, satu agensi mengambil inisiatif membuat satu portal untuk memudahkan penyaluran maklumat berkaitan dengan pelan takaful kepada pelanggan. Ini dapat membantu pelanggan lebih memahami perlindungan takaful yang diambil disamping mengelakkan berlakunya salah faham ketika memohon.

Bagaimana Pendaftaran Medical Card Secara Online Dibuat?

1. Layari Laman Medical Card Online

Melalui kaedah memohon medical card secara online ini, pemohon hanya perlu melayari laman web Medical Card Online dan memilih dan memahami produk takaful yang diingini.

Laman medical card online ini dibina seringkas mungkin untuk memudahkan pemahaman pengguna dengan produk takaful yang dipilih.

2. Pilih Masa Temujanji Dengan Wakil Takaful

Selepas memahami dan memilih produk takaful yang diingini, anda hanya perlu menekan butang apply untuk memilih masa untuk penerangan dengan lebih lanjut tentang produk takaful yang diingini.

Terdapat 3 pilihan masa yang diberikan untuk sesi penerangan iaitu 11 pagi, 4 petang dan 10 malam. Selepas menghantar permohonan, wakil daripada medicalcardonline akan menghubungi anda untuk pengesahan permohonan dan seterusnya link untuk penerangan secara online akan diberikan.

3. Penerangan Melalui Zoom Meeting

6 Aplikasi Alternatif kepada Zoom Meeting

Penerangan tentang produk akan diberikan melalui kaedah online iaitu menerusi Zoom Meeting. Kami nasihatkan anda ‘install‘ terlebih dahulu aplikasi ini sebelum sesi bermula.

Kaedah inilah yang membezakan antara permohonan melalui kaedah konvensional yang memerlukan perjumpaan secara fizikal digantikan dengan perjumpaan melalui kaedah maya.

Ketika sesi ini, anda boleh bertanyakan segala detail maklumat yang anda ingin tahu yang tidak ada di dalam portal. Dah juling mata cari maklumat dalam portal tapi tak jumpa-jumpa jugak. Tak apa, anda boleh tanya soalan tersebut ketika sesi Zoom Meeting ini.

4. Lengkapkan Pendaftaran Online

Ada yang bertanya bagaimana tandatangan dibuat menerusi kaedah online ini? Jawapan dia melaui permohonan secara online ini, anda tidak perlu menandatangani apa-apa ketika proses permohonan.

Jadi macamana nak mengesahkan permohonan kita jika tiada tanda tangan?

Untuk menggantikan kaedah permohonan yang menggunakan tandatangan, anda hanya perlu selfie bersama kad pengenalan anda sama seperti anda mengesahkan pendaftaran di aplikasi e wallet.

Apabila anda selfie bersama kad pengenalan anda, ini menunjukkan anda adalah pemohon yang sah. Maklumat-maklumat lain juga diisi secara online oleh wakil medicalcardonline.

5. Mengesahkan Pendaftaran

Setelah permohonan dihantar kepada syarikat pengendali takaful, syarikat takaful akan menghantar satu email kepada anda dan anda hanya perlu membalas YA pada email tersebut dan maka dengan langkah kelima ini maka selesailah permohonan takaful dan medical card secara online.

Apa Komen Kami

Perubahan kelakuan manusia ketika ini sangat ketara, usaha membuat pendaftaran secara online ini amat baik sekali. Ia sangat mudah dan memberi perasaan selamat dikalangan masyarakat untuk mendapat medical card tanpa perlu terdedah dengan risiko jangkitan covid.

Kami jangkakan ini hanya satu permulaan baru bagi industri takaful selepas kemelut virus covid ini dan akan ada banyak lagi perubahan besar yang akan berlaku dalam industri ini.

Baca juga article kami tentang perlindungan

https://thefulus.com/8-cara-popular-pilih-medical-card-terbaik/
https://thefulus.com/21-perkara-yang-tak-dilindungi-medical-card/