Categories
Uncategorized

Medical Card Protection Sikit – Tukar, Upgrade atau Tambah Plan?

Sudah lebih 20 tahun medical card ditawarkan di Malaysia. Tapi pada zaman-zaman dulu kos rawatan di hospital tak lah terlalu tinggi dan oleh sebab itulah limit medical card pun tak banyak macam zaman sekarang.

Jadi buat mereka yang sudah ada medical card sebelum tahun 2010, jumlah coverage yang anda ada mungkin hanya sekitar RM100,000 limit seumur hidup dan itu belum kira limit tahunan yang boleh guna yang mana kita tahu untuk sakit kritikal seperti pintasan jantung, kanser dan sebagainya memerlukan kos melebihi RM100,000. Jelas menunjukkan medical card anda sudah tidak mampu untuk menampung kos rawatan yang naik secara mendadak sekarang ini.

Jadi apa yang patut anda lakukan? Tukar plan baru? Atau upgrade ke plan yang lebih tinggi? Atau tambah lagi satu medical card?

Ini kupasan yang anda patut tahu sebelum membuat keputusan.

  1. Tukar Plan Baru

Kelebihan menukar plan baru membolehkan anda menikmati tawaran pelindungan yang diidamkan. Malah ada pengendali takaful yang menawarkan pelan perlindungan tanpa had samada had tahunan mahupun seumur hidup. Jadi memang dah tak perlu pening kepala kalau lagi 10 tahun kos rawatan meningkat lagi. Sebab semuanya unlimited.

Tapi satu perkara penting yang anda perlu tahu adalah polisi insurans lama anda telah pun matang dan ‘kebal’ untuk claim segala jenis penyakit yang dilindungi.

Untuk pengetahuan siapa yang belum tahu, kebanyakan pengendali takaful memerlukan tempoh 2 tahun untuk jadi ‘kebal’(matang). Sebelum tempoh 2 tahun sampai, pengendali takaful berhak untuk menyiasat terlebih dahulu bila sakit yang dihidapi berlaku. Jika berlaku selepas apply medical card, maka tiada masalah untuk claim. Jika terbukti berlaku sebelum apply medical card, maka jawabnya tak boleh claim.

Jadi disini kalau anda stop medical card anda yang lama tu, dan apply plan baru maka anda kehilangan kuasa ‘kebal’ medical card lama anda. Dan tempoh kekebalan 2 tahun itu perlu bermula semula dari awal. Sekiranya sebelum tempoh 2 tahun ditakdirkan anda menghidap sakit kritikal dan doktor mengesahkan sakit itu berlaku sebelum apply medical card yang baru maknanya anda tidak akan dapat perlindungan dari mana-mana medical card sama baru ataupun lama. Bukankah ini satu kerugian yang besar?

2. Upgrade ke Plan yang lebih bagus

Berbeza dengan tukar, upgrade tidak memerlukan tempoh kekebalan yang lama seperti ‘tukar pelan baru’. Hanya 1 bulan ‘waiting period’ diperlukan untuk jadi ‘kebal’ balik namun perlu diingatkan sekiranya dalam tempoh 1 bulan itu anda menghidap apa-apa penyakit, ada kemungkinan sakit itu tidak akan dicover namun masih tertakluk kepada polisi syarikat pengendali masing-masing.

Cuma perlu diingatkan disini, pada kebiasaanya, polisi medical card hanya boleh upgrade dalam ‘jenis’ yang sama. Medical card yang terbaru biasanya tergolong dalam ‘jenis’ yang berbeza. Maknanya anda masih tidak mendapat perlindungan yang paling terkini yang sesuai dengan zaman sekarang.

3. Tambah Medical Card

Tambah medical bermaksud anda masih meneruskan medical card sedia ada dan dalam masa sama anda menambah lagi satu medical card untuk mencukupkan jumlah perlindungan.

Kelebihan cara ini adalah anda hanya tertakluk kepada waiting period & tempoh matang 2 tahun untuk medical card baru sahaja. Jika terjadi sesuatu kepada anda, anda tidak perlu risau kerana medical card lama anda cukup bersedia untuk digunakan.

Kekurangan cara ini sudah tentulah anda memerlukan bajet tambahan untuk membayar 2 medical card dalam satu masa. Namun sudah ada pengendali takaful yang menawarkan medical card tambahan untuk mereka yang mempunyai masalah limit medical card tidak cukup dengan harga permulaan di bawah RM100. Jadi ia tidaklah satu beban yang besar dengan tawaran unlimite coverage.

Mana satu pilihan yang terbaik terletak di tangan anda.

Categories
Uncategorized

Ada Medical Coverage Company? Seriusly anda kena baca ni

Anda memang patut berbangga sekiranya syarikat anda bekerja menawarkan tuntutan rawatan inpatient dan outpatient, nak-nak lagi kalau company terus bagi medical card kepada anda. orang kata bukab ‘kaleng-kaleng’ company yang bagi medical card ni sebab kebanyakan syarikat-syarikat ‘besar’ yang dulu medical coverage unlimited pun dah stop bagi medical coverage kepada staf-staf baru.

Ini semua sebab kos rawatan yang meningkat hingga tak terjangkau dek akal, duit syarikat habis begitu saja untuk menampung kos rawatan. Namun masih ada syarikat-syarikat yang memberikan kemudahan ini kepada staf dan ada juga menawarkan elaun khas kepada pekerja untuk memohon medical card personal. Ini menunjukkan syarikat yang anda bekerja satu syarikat yang mempunyai kewangan yang sangat kukuh dan mementingkan kebajikan pekerja.

Ada beberapa perkara yang anda perlu tahu tentang medical coverge yang disediakan oleh syarikat anda bekerja sekarang ini:

1 – Berapa Coverage Setiap Tahun?

Ini perkara paling penting. Kalau coverage diberikan dibawah RM20,000, ini bermakna coverage yang disediakan sangatlah sikit. Realiti pada hari ini, jika anda hanya demam dan warded di hospital pun boleh cecah RM3,000-RM5,000. Manakala untuk appendicitis boleh cecah RM10,000-RM18,000.

Jika sakit-sakit ini saja boleh buat limit tahunan yang diberikan syarikat habis begitu saja, bagaimana kalau sakit serius seperti Cyst & kanser? Mana lebih penting, rawatan untuk sakit-sakit biasa atau rawatan untuk sakit yang serius yang memerlukan kos tinggi? Sudah tentu sakit yang memerlukan kos yang tinggi bukan?

2 – Sampai Bila Anda Akan Dilindungi

Sebelum tahun 2013 ada syarikat yang memberi medical coverage berterusan, sampai pencen pun syarikat masih tanggung lagi kos rawatan. Yelah, masa kerja badan kita aktif, belum sakit lagi, bila dah pencen, kita dah kurang aktif jadi penyakit pun datang. Tambah lagi dengan faktor usia, semakin berusia, makin banyak penyakit yang datang. Bila dah pencen duit dah tak ada, medical coverage syarikat sangat membantu.

Jika syarikat anda bekerja menawarkan perlindungan sehingga anda pencen, maka bersyukurlah. Anda berada di syarikat yang terbaik di galaksi ini.

Apa rancangan anda sekiranya anda hanya dilindungi selagi masih berkhidmat di syarikat yang sama? Apa yang anda perlu ‘take note’ adalah sekiranya anda nak apply medical card selepas pencen nanti, sudah semestinya sangat mahal dan yang paling perlu diberi perhatian ialah sekiranya sudah ada penyakit sebelum apply medical card personal, kemungkinan besar sakit itu tak dilindungi.

3 – Jenis Medical Coverage

Ada banyak bentuk coverage yang diberikan syarikat untuk perkerja. Ada syarikat yang hanya menyediakan medical coverage untuk outpatient sahaja iaitu di Klinik sahaja. Klinik menjadi panel untuk syarikat anda bekerja. Anda tak perlu bayar, Klinik claim terus daripada syarikat.

Untuk rawatan inpatient, ada syarikat yang masih menampung kos rawatan warded secara terus dengan hospital. Bermaksud syarikat membayar secara terus kepada hospital semua kos mengikut kelayakan pekerja.

Satu lagi jenis coverage yang popular pada harini adalah Medical Card Company. Untuk menjimatkan kos yang perlu dikeluarkan syarikat untuk tujuan perubatan, syarikat menyerahkan kos rawatan kepada third party company seperti syarikat-syarikat insurans. Syarikat hanya perlu mengeluarkan sedikit kos dan tidak perlu pening kepala untuk menampung kos-kos rawatan pekerja.

Sekiranya anda mendapat perlindungan rawatan seperti diatas, mungkin anda perlu memikirkan option untuk mendapatkan perlindungan yang menyeluruh. Tanya diri anda:

  1. Sekiranya anda tukar tempat kerja, adakah anda masih dilindungi?
  2. Siapa yang akan menampung kos rawatan sekiranya limit rawatan melebihi had?
  3. Adakah anda boleh continue bayar medical card yang diberikan syarikat jika anda berhenti?

Apa patut anda buat?

Walaupun anda sudah mempunya medical card company, adalah lebih baik anda mendapatkan medical card personal untuk mengelakkan masalah-masalah seperti kos rawatan tidak mencukupi, perlidungan untuk waktu selepas pencen atau tukar tempat kerja dan yang paling penting, sumbangan lebih murah jika anda apply medical card ketika masih muda berbanding appy semasa anda pencen nanti.

Categories
Uncategorized

Dianggap Payah & Kolot, Ini Kehebatan Takaful Yang Anda Patut Tahu

Tinjauan TheFulus secara rawak mendapati masih ramai lagi yang tak faham beza antara Insurans & Takaful. Bila ditanya ” Dah buat perlindungan Takaful?” Rata-rata ramai yang menjawab:

Takaful? Insurans ke? Ada ni insurans, saya ambil dengan Syarikat Y

Bila ditanya kenapa memilih insurans walaupun Syarikat Y ada menawarkan Takaful juga?

Eh jap, bukan sama je ke? Lagipun ejen saya ada cakap lebih baik ambil insurans conventional sebabnya murah. Pastu kalau ambil takaful payah nak claim

Walaupun dah lebih sedekad takaful diwujudkan, tapi masih ramai yang beranggapan takaful adalah kaedah insurans conventional yang sama cuma perkataan sahaja berubah dengan tujuan untuk menarik minat orang Islam. Apa yang mereka faham, Insurans & Takaful kedua-duanya bagi pampasan sekiranya berlaku musibah.

Takaful Menggunakan Konsep Tabarru’ Dan Tidak Sama Dengan Insurans Conventional Yang Menggunakan Konsep Jual Beli

Bila sebut saja Tabarru’, ramai yang berbelit lidah nak menyebutnya, apatah lagi nak memahaminya. Jadi TheFulus cuba untuk menggunakan bahasa mudah supaya semua orang boleh memahami The Power of takaful.

Bila korang apply insurans, samada korang sedar atau tak sebenarnya urusan korang dengan syarikat insurans tu adalah urusan jual beli. Persoalannya kat sini, apa yang syarikat tu jual dan apa yang korang beli? Adakah korang beli ‘nyawa’? Atau beli kesihatan tubuh badan? Pastu nak tanya balik ni, boleh ke korang beli nyawa? Mestilah tak kan! Sebab semua tu kita tak pasti. Pernah korang tengok memana kedai atau hospital yang pasang signboard iklan NYAWA UNTUK DIJUAL?? So, nak kabo kat sini bila adanya ketidak pastian maka ia ditakrifkan sebagai Gharar. Dan dekat situlah insurans diklasifikasikan sebagai haram disisi Islam.

Jadi Apa Bezanya Insurans Dengan Takaful?

Perbezaan besar antara takaful dan insurans adalah, U.R.U.S.A.N

Insurans diklasifikasikan sebagai pemindahan risiko daripada seorang individu seperti korang, atau sebuah organisasi seperti syarikat korang kepada syarikat insurans. So korang dikenali sebagai pemegang polisi. Jadinya syarikat insurans akan terima bayaran daripada korang dalam bentuk premium. Let say korang alami kerugian atau kerosakan, so nanti syarikat insurans akan bayar pampasan dekat korang.

So kita masuk pulak bab takaful. Takaful ni yang bestnya pelan perlindungan dia mengikut prinsip Syariah. Dengan mencarum sejumlah wang ke dalam dana takaful dalam bentuk caruman penyertaan (tabarru’) automatik korang memeterai kontrak (aqad) yang membolehkan korang jadi peserta dengan bersetuju untuk saling membantu antara satu sama lain, sekiranya salah seorang peserta lain mengalami kerugian yang ditetapkan. Okay! Faham kan konsep takaful ni?

Sebagai contohlah nak kasi senang faham. If one day ditakdirkan kita menghidap stroke, dah tentu kita tak boleh nak bekerja dah & bila tak kerja mana nak datangnya income kita? Peserta-peserta lain menderma duit mereka, mereka kumpulkan dalam tabung tabarru’. Kemudian hasil kutipan ni diberikan kepada kita sebab kita sedang ditimpa masalah stroke. So, dalam erti kata lain duit sumbangan takaful yang korang bayar bulan-bulan tu merupakan DERMA bagi membantu peserta lain yang dalam kesusahan. Bukankah derma itu suatu yang dituntut di dalam Islam?

Duit takaful yang tiap bulan ejen ingatkan suruh bayar tu atau automatik deduct dari akaun bank korang, duit tu lah yang kita panggil ‘derma’.

Ingat, takaful bukan macam derma, ia memang satu D.E.R.M.A. Best tak tanpa korang sedar, duit contribution yang korang bayar every month tu actually korang derma kepada orang yang memerlukan?

Jadi Apa Pula Fungsi Syarikat?

Syarikat takaful bertindak sebagai pengendali & pengurus kepada persetujuan antara peserta-peserta ini. Dalam konsep takaful, syarikat bukanlah pemilik kepada tabung tabarru’. Duit di dalam tabung tabarru’ tetap menjadi milik peserta-peserta. Maknanya, bila berlaku apa-apa kepada syarikat pengendali, korang jangan risau duit korang tetap selamat.

Dah tu macamana pulak syarikat nak buat untung kalau duit tabung ni milik peserta? Sabo.. cerita dia macam ni. Sedikit duit sumbangan takaful yang korang bayar every month tu akan diberikan kepada syarikat sebagai caj pengurusan. Haa..yang ni kita panggil wakalah.

Ramai Yang Cakap Susah Nak Claim Takaful?

Actually melalui takafullah proses lebih telus & selamat. Angka yang kami perolehi, more than 90% claim diluluskan setiap tahun. Meh nak cerita lagi. Haaa…duit-duit yang terkandung dalam tabung tabarru’ ada duit korang dan juga duit peserta-peserta lain. So korang happy ke kalau ada peserta lain sesuka hati guna duit yang korang sumbangkan every month tu walaupun sebenarnya dorang tak sakit? Mesti mencirap je rasa kan? Apa point penting nak kasi tau kat sini adalah takaful merupakan pilihan yang paling tepat. Tak payah pening-pening, nak merisau bagai semua tu. Sebab duit korang dijaga dengan selamat oleh syarikat pengendali. Mereka akan pastikan duit korang tak disalah guna dan dalam masa sama dapat digunakan untuk tujuan mereka yang memerlukan.

Apa Lagi Kelebihan takaful?

Kalau korang nak tahu kan, sistem takaful kat Malaysia ni ada dua jenis pembahagian pampasan yang sangat mudah dan hebat iaitu Hibah & Wasi’. Kita ketepikan dulu maksud terma-terma yang payah ini, kita cuba guna bahasa yang paling mudah sekali.

Mesti korang dah jemu tengokkan bila setiap kali nak bahagi harta pusaka je mesti ada yang gaduh antara waris-waris, sebab masing-masing sibuk nak tuntut hak masing-masing. Macam mana pulak kalau tetiba datang orang yang tak berkaitan sibuk-sibuk nak tuntut pampasan takaful dari keluarga korang??

Bertenang…pergi minum kopi dulu. Cerita dia macam ni ye. Dengan takaful korang tak perlu risau sebab InsyaAllah semua tu tak kan terjadi. How? How? Sebab dalam konsep takaful, peserta berhak menamakan sesiapa sahaja untuk menerima pampasan takaful dan mereka akan menerimanya secara mutlak. Maknanya tiada sesiapa yang boleh cabar & pertikai keputusan ni sebab ianya jelas dibawah Akta IFSA 2013.

So secara ringkasnya, Takaful memang langsung tak sama dengan Insurans Konvensional, malah takaful ni lebih jelas, lebih telus dan lebih ohsem! Dengan takaful korang boleh merancang dan dilindungi tanpa sebarang masalah.

So apa tunggu lagi? Contact ejen-ejen berdaftar sekarang untuk dapatkan perlindungan takaful. Pilihan ditangan anda.

Categories
Uncategorized

8 Cara Popular Pilih Medical Card Terbaik

Macamana cara popular nak pilih medical card terbaik? Ini Panduan Ringkas & Padat kami buat khas untuk anda, supaya mudah anda nak pilih mana satu medical card terbaik untuk anda dan yang tersayang.

8 Cara Sebenar Pilih Medical Card Terbaik

Cara 1 – Viral

Zaman sekarang dan viral tak dapat dipisahkan ibarat irama dan lagu pada zaman P Ramlee dulu. Hadamlah kisah viral dengan waras. Ada saja viral tentang claim tak lulus especially terhadap Top 3 pengendali takaful di Malaysia.

Semakin ramai peserta semakin tinggilah kebarangkalian kena viral. Mungkin ada sedikit kesilapan, mungkin juga ada salah faham. Tiada apa yang sempurna dalam dunia ni. Jadi untuk kes viral, janganlah tengok kes viral tersebut, tengoklah track rekod kelulusan claim pengendali takaful pilihan anda. Boleh mintak dengan ejen statistik kelulusan claim.

Cara 2 – Medical Card Personal Atau Cover 1 Family?

Ibarat anda ada 5 buah kereta tetapi hanya ada 1 road tax sahaja. Itulah perumpamaan 1 Medical card cover 1 family. Namun Jika anak anda ramai sehingga 5 orang, Medical card cover 1 family mungkin adalah penyelesaian terbaik untuk anda. Cuma nasihat kami, bacalah terma-terma syarat sebelum bersetuju mengambilnya. Maksud kami, betul-betul baca terma dan syarat, jangan hanya dengar & percaya. Jika tidak, kenapa diwujudkan medical card personal kalau medical card 1 family sudah lengkap?

Cara 3 – Stand Alone atau dengan Rider

Stand Alone bermaksud hanya medical card semata-mata, tiada manfaat lain. Ibarat makan nasi lemak tapi tiada kuah tiada bilis, nasi semata-mata.

Medical Card Stand Alone kena diperbaharui setiap tahun dan tiada jaminan boleh diperbaharui. Apa itu jaminan boleh diperbaharui? Itu kita akan pelajari dalam point seterusnya.

Rider bermaksud manfaat tambahan. Kali ni nasi lemak ada kuah, ada bilis, ada kacang, kerang, sotong dan sebagainya. Makin banyak lauk makin mahal lah.

Bila ambil satu pakej maka lebih cost effective lah polisi takaful anda berbanding ambil polisi berasingan satu satu. Manfaat yang paling popular dikalangan pemilik polisi adalah seperti manfaat pampasan sakit kritikal, income replacement, kemalangan dan juga contributor atau waiver iaitu bayaran polisi ditanggung pihak pengendali sekiranya anda kena sakit kritikal.

Cara 4 – Guarantee Renewable atau No Guarantee Renewable

Apakah erti semua ini? Nak sebut pun dah berbelit lidah. Tak faham klausa-klausa lain tak apa tuan-tuan, jangan tak faham klausa ni. Macam takaful kereta, kena renew setiap tahun kan? macamtulah perumpamaan untuk No Guarantee Renewal, kena renew setiap tahun.

Walaupun kita kadang-kadang tak perasan pun kita renew medical card kita setiap tahun, tapi kalau polisi yang anda ambil guna klausa ni, ini beberapa perkara yang anda patut ambil tahu. Jika anda sakit kritikal, pihak takaful berhak untuk tidak meneruskan polisi sedia ada dan juga boleh naikkan premium tambah atas sebab sudah memiliki sakit kritikal.

Biasanya polisi no guarantee renewal ni dia masa mula-mula ambil tu murah. Bila dah sakit barulah dia mahal dan boleh lebih mahal dari polisi guarantee renewal.

Nama panggilan untuk klausa ini mungkin berbeza-beza untuk setiap syarikat. Ada yang panggil Guarantee renewal, ada non cancelable dan macam-macam lagi. kami sangat sarankan anda ambil polisi yang guarantee renewal. Kerana yang tertulis atas kertas itulah bukti yang menjamin polisi ini boleh diteruskan pada masa akan datang. Takkan dah sakit, polisi kena cancel, nak apply polisi lain siapa nak terima time dah sakit ya dak?

Cara 5 – Limit Tahunan & Seumur Hidup

Limit ni biasanya yang first tuan-tuan tengok kan? betul tak? Ok lar, betul lar tu, tak ada salah pun. Tengok limit yang ditawarkan ya tuan-tuan. Limit ada dua jenis, limit tahunan dan juga seumur hidup.

Nak tahu limit tu cukup tak cukup, pergi tanya hospital, berapa kos rawatan sakit yang tuan-tuan rasa paling mahal? Contoh rawatan pintasan jantung. Katakan pada tahun ni kos dia RM140,000. Tanya sekali hospital, agak-agak kalau lagi 10 tahun berapa anggaran kos rawatan pintasan jantung ni?

Kemudian bandingkan dengan limit yang ditawarkan. Kalau cukup dengan kos rawatan yang hospital beritahu maka cukuplah tu pilih limit tu. Kalau tak nak pening kepala, pilih saja medical card dengan ‘Unlimited Coverage’. Tahunan dan seumur hidup. Ada faham?

[pam post_id=4777]

Cara 6 – Full Cover, Deductible atau ko-takaful?

Lagi satu istilah yang mungkin berjaya memeningkan kepala tuan-tuan untuk memahaminya. Jangan bimbang kami akan terangkan seringkas mungkin dalam bentuk bahasa manusia biasa demi anda semua.

Full Cover ertinya perlindungan penuh. semua kos rawatan yang berkaitan akan ditanggung. Yang tak berkaitan dalam rawatan tak ditanggunglah ya.

Deductible ertinya sebahagian bil ditanggung sendiri oleh client. Contoh kalau deductible RM500, bil RM30,000. Sanggup tak bayar RM500 untuk dapat rawatan RM30,000? Ada syarikat yang deductible RM300 je. Jadi tak kisah berapa pun bil, RM100,000, RM200,000 hanya RM300 sahaja yang kita kena bayar sendiri.

Macam tak best je kan? Nanti dulu…sebenarnya ia lagi bagus. Sebab yang paling best, kita dapat jimat caruman bulanan jika kita ambil deductible.

Ko-Takaful hampir sama dengan deductible cumanya ko takaful dikira berdasarkan % daripada jumlah bil. Contohnya RM5000 bil hospital, 10% daripada bil hanyalah RM500 kena bayar sendiri.

Manfaat dia pun sama, kita dapat jimatkan caruman bulanan. Berbanding kita kena bayar lebih mahal setiap bulan demi untuk full cover why not kita jimat duit setiap bulan? kalau sebulan jimat RM50, setahun sudah jimat RM600!

Mane lebih bagus? tepuk dada tanya selera

8 Cara pilih Medical Card terbaik

Cara 7 – Hospital Panel

Cara pilih medical card terbaik yang ke tujuah adalah Senarai Hospital Panel. Tidak semua hospital menjadi panel untuk semua pengendali takaful. Walaupun anda tetap boleh bayar dulu dan claim balik di hospital tidak panel, tapi jika bil mencecah puluhan ribu dan ratus ribu penat juga nak membayarnya.

Cuba pergi beberapa hospital yang anda suka berdekatan kawasan tempat tinggal, tanya senarai syarikat takaful yang menjadi panel mereka. Jika termasuk dalam senarai, maka lulus untuk anda ambil medical card dengan syarikat tersebut.

Cara 8 – Cara Nak Claim

Lain syarikat lain cara. Cara paling senang adalah hanya bagi medical card pada hospital dan semua urusan pihak hospital uruskan. Ada juga syarikat yang memerlukan kita bayar dulu kemudian claim balik dengan syarikat takaful.

Untuk rawatan susulan kebanyakan memerlukan anda bayar dulu dan claim balik dengan syarikat takaful. Jika anda mohon medical card di bank, kebiasaannya memerlukan anda ke bank untuk menguruskan claim-claim tersebut. Jika anda ada ejen, maka senanglah kerja anda, ejen datang berjumpa terus dengan anda untuk uruskan claim terbabit.

Jadi Medical Card Apa Paling Terbaik?

Pada tahun 2020 ini, medical card terbaik bukan yang murah semata-mata, tapi yang paling penting apa yang anda akan dapat dengan nilai tu dan apa kesan terhadap medical card jika anda sakit dan kerap menggunakannya. Untuk Maklumat lanjut berkaitan Medical Card di Malaysia ini, anda boleh layari laman rasmi pengendali-pengendali takaful di Malaysia ini:

Medical Card Malaysia: 1. Prudential BSN Takaful Medical Card 2. Great Eastern Takaful Medical Card 3. AIA Medical Card 4. Zurich Takaful Medical Card 5. Takaful Ikhlas Medical Card

Semoga tips ini dapat membantu anda semua memilih medical card terbaik untuk diri anda dan juga untuk yang tersayang.

Baca Juga Post Kami Yang lain Berkaitan > Medical Card

https://thefulus.com/21-perkara-yang-tak-dilindungi-medical-card/
https://thefulus.com/dianggap-payah-kolot-ini-kemampuan-takaful-yang-anda-patut-tahu/
https://thefulus.com/bagaimana-lelaki-ini-bangkit-dari-patah-tulang-belakang-hanya-1-bulan/
Categories
Kisah Benar

Bagaimana Lelaki Ini Bangkit Dari Patah Tulang Belakang Hanya 1 Bulan

Kisah ini berlaku pada ramadhan tahun lepas dan ia dikongsikan dalam blog The Fulus bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat umum bahawa pentingnya perlindungan takaful. Lelaki ini berkongsi kisah beliau dengan The Fulus bagaimana beliau berdepan detik cemas apabila jatuh dari bumbung dengan ketinggian 9 kaki dan menyebabkan beliau patah tulang belakang.
Beliau mula membuat perlindungan takaful pada tahun 2018. Nak dijadikan cerita pada ramadhan tahun lepas, lepas sahur beliau panjat bumbung untuk sambung cat rumah sebagai persediaan nak sambut lebaran. Namun malang tak berbau. Menurutnya ketika berada atas bumbung entah macam mana beliau terpijak bahagian tengah atap yang tak ada structure. Atap pecah dan cat tertumpah di lantai bawah lalu menyebabkan beliau bolos dan terkelicik hingga terduduk dari ketinggian 9 kaki. Dalam keadaan panik familynya terus call ambulan dan ejen takaful beliau untuk pengesahan hospital mana yang perlu dibawa. Samada nak bawak ke government atau terus ke private. Masa call ejen takaful beliau, ambulan pun dah sampai dekat rumah. So ejen beliau kata takpe, bawak ke Hospital Kerajaan dulu. Sebab waktu tu ejennya membayangkan beliau jatuh dan terus pengsan tak sedarkan diri. So dalam keadaan macam ni hospital kerajaan atau swasta tak penting, yang penting dapat rawatan secepat mungkin. Dimaklumkan kemudiannya beliau tak pengsan cuma beliau jatuh terduduk dan lebih membimbangkan keluarganya apabila beliau beritahu mereka beliau tak dapat rasa kaki. Nak gerak kan kaki apatah lagi. Beliau juga turut cerita masa jatuh tu ayahnya sempat tahan kepalanya daripada terhempas ke lantai. Uishhh!!! Kalau tak memang lagi parah. Pasukan paramedik yang datang ketika itu tanya adik dapat gerakkan kaki tak? Beliau cakap tak rasa kaki. So paramedik minta beliau cuba gerakkan sendiri jari kaki. Dapat gerak sikit pun jadi lah. So waktu tu beliau sedaya upaya cuba gerakkan ibu jari kaki dan alhamdulillah dapat gerak walaupun sikit. Kemudian mereka pasang neck supporter dan beliau di angkat menggunakan stretcher untuk dibawa masuk ke dalam ambulan. Beliau segera dikejarkan ke hospital kerajaan untuk menerima rawatan. Bila dah sampai hospital kerajaan doktor terus buat xray. Cumanya macam biasalah walaupun berada di zon merah, ramai jugak pesakit lain yang dalam keadaan parah yang perlukan rawatan segera. So, bila dah sama-sama parah ni jawabnya kena tunggu turn lah. Pukul 10 sampai pukul 1 masih ada di bahagian emergency lagi. Beliau waktu tu memang tengah sakit sangat-sangat so family terus call ejen takaful untuk bantu transfer beliau ke hospital swasta. Memandangkan polisi takaful yang beliau ambil tak pernah lapsed ( bayaran bulanan cantik tak pernah missed ), so proses nak transfer hospital tu mudah walaupun memakan sedikit masa. Alhamdulillah. Haaa ni TF nak beritahu. Time ni lah ejen takaful dan medical card main peranan. First, ejen akan bersama ketika proses pertukaran hospital. Bergantung pada betapa serius kes. Ejen akan suggest hospital terbaik, doktor yang perlu ditemui untuk klien teruskan rawatan. Atas nasihat ejen beliau waktu tu, beliau dipindahkan ke Hospital Swasta di bawah pemantauan Pakar Ortopediks Spine & Trauma. Nak di jadikan cerita, Doktor Pakar kebetulan time tu tengah bercuti namun disebabkan kes ini dia datang ke hospital untuk membantu. Dalam tempoh 2 jam setel semua X Ray & MRI. Then doktor mintak beliau rest dulu. Keesokannya doktor buat CT Scan dan hasil result X-Ray, CT Scan dan MRI semua tu menunjukkan tulang T12 beliau patah hingga hampir menusuk saraf tunjang. So operation perlu dijalankan segera. Hari ketiga operation dijalankan dan Alhamdulillah pembedahan selama 4 jam berjalan lancar. Pukul 1 masuk dewan bedah, pukul 5 keluar. 8 skru doktor pasang pada tulang belakang untuk support tulang yang patah. Kalau diikutkan ada beberapa kecedaraan lain iaitu slip disc dibeberapa bahagian tulang lumbar spine tapi keadaan tulang T12 ini paling serius so ianya perlu dirawat terlebih dahulu. Selesai operate doktor pindahkan beliau ke ICU satu malam untuk pemantauan. Esok paginya bila beliau dah stabil, doktor masukkan beliau ke wad semula. Selang satu hari terus buat fisioterapi. Beliau diajar cara nak bangun dan berjalan. Memang susah, sakit, ketat. Macam-macam lah rasa. Dah macam baby baru nak belajar jalan. Beliau juga memaklumkan dari saat beliau jatuh hinggalah sebelum memulakan fisioterapi, he totally bed ridden. Mendengar kisah beliau membuatkan TF terfikir betapa nikmatnya jadi sihat. Bangun hari-hari memang kita tahu kita sihat tapi kita tak sedar yang kita sihat. Sudah lama TF tak ucap “Ya Allah, aku bersyukur aku dapat bernafas hari ni, aku bersyukur aku dapat berdiri hari ni, aku bersyukur aku boleh berjalan hari ni.”
Seminggu kemudian beliau dah boleh discaj daripada hospital. Dan total bil mencecah RM31,500. Dah macam boleh beli kereta Axia sebuah oiii! Padahal waktu tu beliau baru je 18 bulan apply medical card. Duit contribution yang beliau bayar every month tu pun baru RM2,700 je yang dibayar. So bila berlakunya kejadian yang tak diingini seperti ini bil RM30,000++ tu Syarikat Takaful yang setelkan. Time tu beliau memang bersyukur sangat- sangat dan berterima kasih kepada ejen beliau yang banyak membantu hospitalization process semua tu. Bayangkan kalau beliau pergi hospital kerajaan sekalipun seperti kata doktor yang pernah menulis article dalam sebuah blog, pesakit tetap perlu tanggung sendiri kos RM16,000 untuk operate tulang belakang. So cuba korang imagine. Kalau korang simpan sendiri dekat bank RM150 sebulan, 10 tahun pun belum tentu cukup untuk bayar bil operation ni. Jadi untuk siapa-siapa yang belum ada medical card, TF nasihatkan applylah satu. Walaupun korang rasa tak perlu tapi ianya perlu. Tak kisah lar korang nak apply dengan ejen mana dan company mana sekalipun. Medical card ni kita akan rasa kepentingannya bila ditimpa musibah sebegini. Bukan setakat jatuh bumbung je jatuh katil pun ada yang masuk ICU tau! Ramai yang cakap, takut nak apply sebab nanti nak claim payah. TF tak tahu apa yang payahnya. Untuk kes lelaki ni, beliau kata proof claim tak ada masalah. Even beliau tak perlu bayar dulu pun RM30,000++. Hospital claim direct dengan Syarikat Takaful. So stop listening to rumors, do apply one now! Benda yang penting kita sebar-sebarkan. Untuk kes ini, alhamdulillah selepas 1 bulan berjalan menggunakan tongkat 4 akhirnya beliau mampu berjalan sendiri tanpa apa-apa sokongan. Beliau juga lebih bersemangat untuk sembuh dan menjalani kehidupan yang normal. Malah Mei 2021 nanti beliau akan menjalani operation sekali lagi untuk mengeluarkan skru pada tulang belakang beliau. Mari sama-sama kita doakan agar operation itu berjalan lancar dan semoga Allah permudahkan segala urusan beliau. InsyaAllah.
https://youtu.be/MClb6sYpOwY
Categories
Travel

Apa Nak Buat Bila Tetiba Sakit Ketika Bercuti Di Luar Negara?

Mesti korang familiar dengan peribahasa-peribahasa ni kan? Macam sediakan payung sebelum hujan atau dah terhantuk baru nak tengadah? Post kali ni bukan nak bincang pasal peribahasa semua tu tapi macam mana peribahasa-peribahasa tu relate dengan tajuk yang bakal kita kupas iaitu apa yang perlu korang buat kalau korang tengah sedap-sedap bercuti luar negara tetiba korang jatuh sakit sampai kena masuk hospital?
Pernah terbaca tak kes Pak Cik Sakit Time Bercuti Di Korea. Ala..yang viral dekat media sosial tahun lepas. Al kisahnya dia tengah bercuti satu family dekat Korea. Pastu tetiba dia mengadu sakit tekak. So pak cik tu pun segera dikejarkan ke salah sebuah hospital di Korea. Pastu tetahu kena bedah. Yang jadi isunya adalah pak cik tu ada insurans tapi segala kos pembedahan dan rawatan di hospital tu dia kena bayar dulu dan claim kemudian dengan syarikat insurans. Yang horrornya kos pembedahan mencecah ratusan ribu ringgit. Banyak giler oiii nak kena bayar!!!!
So untuk kes macam ni antara choice yang ada adalah kutip dana atau berhubung terus dengan kedutaan Malaysia untuk membantu hospitalization process semua tu. Tapi post ni bukan nak cerita pasal pak cik tu tapi nak cerita pasal dua perkara yang korang perlu beri perhatian sebelum memulakan sesuatu perjalanan. Tak kisah la perjalanan korang tu perjalanan pergi tak kembali sekali pun kan. Atau korang terlebih kaya tahap boleh beli seluruh benua asia. So no hal la kalau setakat kena warded dekat oversea sekali pun. Fulus I berkepuk-kepuk okay! Hurmmm…..yelah tu.. Yang pastinya post ini untuk orang yang punya kesedaran seperti yang disebut dalam peribahasa melayu iaitu sediakan payung sebelum hujan.

#1 Medical Card Personal

Kebanyakan medical card akan cover kos rawatan di luar negara. Tapi harus diingatkan statusnya adalah P.A.Y & C.L.A.I.M . Once korang warded di hospital luar negara untuk menerima rawatan, segala kos tu korang perlu tanggung sendiri dan kemudian barulah korang claim balik dengan syarikat takaful yang korang ambil medical card tadi. Berbeza dengan situasi bila korang warded di negara sendiri. Segala kos rawatan boleh claim terus tanpa perlu bayar dulu. Jelas????
So nampak tak dekat sini, kalau korang kaya tahap maharaja kaio setakat 20k, 50k kos rawatan di hospital tu tak jadi masalah la nak bayar dulu claim kemudian. Betul tak? Tapi kalau dah tahap menelan belanja sampai 200k, 500k mana nak cekau weyhhh! Tapi berita baiknya ada syarikat takaful yang boleh bawak balik pesakit dari luar negara untuk dapatkan rawatan di Malaysia. Sebagai contoh, let say korang sakit dan masuk hospital di London, apa yang korang boleh buat adalah call cepat-cepat syarikat takaful yang korang ambil medical card tu, beritahu hospital & negara mana korang berada. Mereka akan ambil korang di hospital tersebut dan bawa pulang ke Malaysia untuk teruskan rawatan di sini. Walaubagaimanapun, semua kos rawatan di luar negara sebelum wakil takaful pick up korang, yang tu korang kena bayar dululah. Tapi macam mana pulak kalau korang tetiba koma tak sedar diri? Celah mana sempatnya korang nak inform syarikat takaful korang? Kalau travel berkumpulan ada jugaklah yang boleh tolong informkan. Dah kalau travel sorang-sorang?? Hurmmmm hadap la sendiri. Eh tak…tak. Meh TF nak share sikit caranya.
Hari pertama korang admit ward korang masih koma. Tetiba hari kedua dah sedar. So bila dah sedar tu cepat-cepat call syarikat takaful korang minta dorang bawak korang balik ke Malaysia untuk continue rawatan di sini. Kurang-kurang baru sehari bil yang korang kena pay and claim tu. Ni contohnya lah. Yang lagi best segala kos untuk bawa balik pesakit ke Malaysia ditanggung sepenuhnya oleh syarikat takaful.

#2 Travel Insurance

Ini pula perkara kedua terpenting bila korang nak memulakan sesuatu perjalanan iaitu travel insurans. Actually travel insurans ni murah je. Kalau pergi oversea biasanya dalam puluh-puluh ringgit gitu je. Ada syarikat travel takaful yang boleh keluarkan GL terus ke hospital luar negara. Jadi yang bestnya korang tak perlu keluar duit dulu untuk bayar segala kos rawatan dekat sana. Cumanya bila dah tak perlu bayar dulu tu, korang tak perlulah asal sakit je mesti nak warded dekat hospital luar negara ataupun buat rawatan terus dekat sana.
Kena ingat travel insurans still ada limit. Biasanya dalam lingkungan 50k hingga 100k. Jadi kalau 50k tu dalam seminggu je boleh duduk lebih kurang.
Lagi satu kena ingat jugak kalau korang dah ada penyakit sedia ada macam kencing manis ke kanser ke which mean korang memang dah ada sebelum korang ke luar negara, syarikat takaful tak cover tau sakit tu. Dalam kes macam ni medical card personal lah penyelamatnya. Jadi nampak tak kedua-dua takaful ni sangat memerlukan antara satu sama lain bila korang berada di luar negara.

Kesimpulannya

So nak cerita dekat sini, walaupun dah ada medical card personal, ambil lah juga travel insurans. Dan kalau tak ada medical card personal lepas tu korang pulak selalu keluar masuk negara orang pakai travel insurans je, dinasihatkan supaya sediakan satu medical card personal. Dan jangan lupa bawa kedua-duanya ketika travel. Nampak macam tak penting, elehhh…kad je pun. Tapi bila terjadi sesuatu yang mana kita sangat memerlukannya, ia ada bersama untuk membantu kita. Jangan bila berlaku sesuatu perkara yang tak diingini baru nak menyesal seperti peribahasa melayu menyebut Dah Terhantuk Baru Nak Tengadah.
Categories
Medical Card

21 Perkara Yang Tak Dilindungi Medical Card

Dalam post kali ini kita nak cerita tentang beberapa perkara yang tak dilindungi oleh medical card. Ramai diluar sana kurang didedahkan dengan info ini. So kali ini kami nak share dengan anda semua. Sila baca dengan berhati-hati dan penuh khusyuk okay!

Perkara-Perkara Yang Tak Dilindungi Medical Card

1. Penyakit Sedia Ada

Penyakit sedia ada jika kalau tidak diberitahu semasa memohon medical card, kemungkinan besar penyakit itu tak dicover.

Jika anda sudah mempunyai penyakit, sakit itu mestilah dinyatakan di dalam borang cadangan atau apa jua borang lain yang berkaitan dengan keadaan kesihatan anda selepas sijil ini berkuatkuasa.

Contohnya sebelum ni dah pernah ada asthma. Lepas tu tak declare time apply medical card tapi track record dengan Hospital ada. So medical card tak akan cover untuk sakit tersebut. Ngerti?

2. Penyakit Yang Ada Sebelum Habis Waiting Period

Untuk sakit-sakit ini kalau berlaku dalam tempoh belum habis waiting period ada kemungkinan untuk tak cover:

a.  Tekanan darah tinggi, kencing manis dan penyakit kardiovaskular

b.  Semua tumor, kanser, sista, nodul, polip, batu dlm sistem kencing & sistem biliari

c.  Semua penyakit telinga, hidung (termasuk sinus) dan tekak

d.  Hernia, hemoroid, fistula, hidrosele, varikosele

e.  Endometriosis termasuk penyakit melibatkan sistem pembiakan

f.   Gangguan spina vertebro (termasuk diska) dan penyakit lutut

perkara yang tak dilindungi medical card

3. Perubahan Diri Dalam Tempoh 30 Hari

Apa-apa keadaan perubatan atau fizikal  yang berlaku dalam tempoh tiga puluh (30) hari yang pertama dari tarikh perlindungan atau tarikh penguatkuasaan semula bagi Orang yang Dilindungi, yang mana terkemudian, kecuali untuk kecederaan akibat kemalangan.

4. Pembedahan Kosmetik

Kalau anda berimpian menukar jantina anda dan nak pakai medical card untuk pembedahan tukar jantina sila fikir dua kali sebelum beritahu ejen takaful, memang kena maki lar jawabnya. Dibimbangi anda kena warded akibat dipukul ejen anda sendiri kerana terciduk atas onar diri sendiri.

Bukan itu saja, sekiranya penukaran jantina itu sukses tetapi anda terkena komplikasi sakit lain akibat daripada penukaran jantina itu, maka still medical card tak cover kos rawatan untuk sakit sebegini.

Kosmetik ini bukanlah penukaran jantina semata-mata, sama juga sekiranya anda nak cantikkan muka, mancungkan hidung, lasik surgery supaya tak perlu lagi pakai spek dan seumpananya dengannya, itu semua pun tak cover. Pendek kata semua rawatan yang tiada urgency, tiada keperluan untuk membuatnya dan hanya untuk mem’perfect’kan anda semata-mata ianya tidak dicover.

Pembedahan plastik/kosmetik, khatan, pemeriksaan mata, cermin mata dan pembetulan penglihatan dekat melalui pembiasan atau pembedahan (Keratotomi radial atau Lasik) dan penggunaan atau pemerolehan perkakas atau alat prostetik luaran seperti anggota tiruan, alat pendengaran, perentak yang diimplankan (perentak luaran) dan preskripsinya.

Tetapi sekiranya pembedahan plastik diperlukan disebabkan anda accident dan muka anda melecur teruk, itu tidak menjadi masalah untuk syarikat takaful membiayai kos rawatan tersebut.

5. Penyakit Pergigian

Ramai yang tanya rawatan gigi cover tak? Pendek kata semua penyakit pergigian termasuk rawatan pergigian atau pembedahan oral tak cover kecuali diperlukan kerana Kecederaan akibat Kemalangan pada gigi asli yang sihat yang berlaku sepenuhnya dalam Tempoh Takaful.

Perbelanjaan yang timbul  dari pemakaian gigi palsu, rawatan kanal akar, perkhidmatan prostetik seperti titian, implan dan korona atau penggantiannya tidak akan dibayar.

6. Penjagaan Peribadi

Penjagaan peribadi (melainkan dan kecuali Manfaat Penjagaan Jururawat  Di Rumah), rehat pulih atau jagaan kebersihan, dadah yang tidak dibenarkan, intoksikasi, pensterilan, penyakit venereal dan sekuelanya,  AIDS (Sindrom  Kurang Daya Tahan Penyakit)  atau ARC (Kompleks  Berkaitan  AIDS) dan penyakit  berkaitan  HIV, dan apa-apa penyakit berjangkit  yang memerlukan  kuarantin oleh undang-undang.

7. Rawatan Berkaitan Kongenital atau Penyakit Keturunan

Apa-apa jua rawatan  atau pembedahan dijalankan  untuk  keabnormalan atau kecacatan kongenital termasuk penyakit keturunan.

8. Kehamilan Dan Komplikasi Berkaitan

Kehamilan (dan komplikasi berkaitan), melahirkan anak (termasuk kelahiran secara pembedahan), keguguran, menggugurkan  kandungan dan jagaan serta pembedahan pranatal atau postnatum, kaedah kawalan kelahiran kontraseptif  mekanikal  atau kimia, rawatan berkaitan ketaksuburan termasuk disfungsi erektil dan ujian atau rawatan berkaitan impoten atau pensterilan.

9. Kemasukan Ke Hospital Untuk Tujuan Check Semata-mata

Kemasukan ke Hospital terutamanya untuk tujuan siasatan, diagnosis, pemeriksaan sinar-X, pemeriksaan fizikal atau perubatan am, tidak berkaitan dengan rawatan atau diagnosis sesuatu Hilang Upaya yang dilindungi atau apa-apa rawatan yang dianggap tidak perlu dari segi perubatan dan  apa-apa rawatan  pencegahan, ubat  atau  pemeriksaan  pencegahan yang  dijalankan  oleh seorang Pakar Perubatan, dan rawatan-rawatan  khusus untuk mengurangkan atau menaikkan berat badan.

10. Cubaan Bunuh Diri Dan Berkaitan

Bunuh diri,  percubaan membunuh  diri  atau kecederaan diri  sendiri  yang disengajakan ketika siuman atau tidak siuman.

11. Sakit Akibat Tindakan Perang, Rusuhan, Kekecohan Awam Atau Pemberontakan

Perang atau apa-apa tindakan perang, diisytiharkan atau tidak diisytiharkan, aktiviti jenayah atau pengganas, bergiat cergas dalam mana-mana angkatan bersenjata, penyertaan secara langsung dalam mogok, rusuhan dan kekecohan awam atau pemberontakan.

12. Sakit Akibat Radiasi Atau Pencemaran Radioaktif

Radiasi pengionan atau pencemaran oleh radioaktiviti daripada mana-mana bahan api nuklear atau sisa nuklear daripada proses pembelahan nuklear atau daripada apa-apa bahan senjata nuklear.

13. Perbelanjaan Derma Organ

#1 Kalau kita nak derma organ kita pada orang lain, kos pembedahan untuk pemindahan organ tak di cover. Tapi kalau kita sebagai penerima organ kos pembedahan tersebut akan ditanggung.

#2 Kalau kita pula yang nak terima organ, kos rawatan kita ditanggung. Tapi kos pembedahan mereka yang menderma organnya pada kita sama sekali tak akan ditanggung.

14. Rawatan Terapi

Siasatan dan rawatan  gangguan tidur  dan dengkur, terapi penggantian hormon, terapi oksigen hiperbarik dan terapi pilihan seperti rawatan, khidmat atau bekalan perubatan, termasuk tetapi tidak terhad kepada khidmat kiropraktik, akupunktur, akutekanan, refleksologi, pengikatan tulang, rawatan pakar herba, urut atau terapi aroma atau rawatan pilihan yang lain.

15. Rawatan Yang Tidak Diperlukan

Jagaan atau rawatan yang mana bayaran tidak diperlukan atau setakat yang dibayar oleh mana- mana Pengendali Takaful lain atau tanggung rugi yang melindungi Orang yang Dilindungi dan Hilang Upaya yang diakibatkan oleh tugas-tugas dalam pekerjaan atau kerjaya yang dilindungi di bawah Kontrak Takaful Pampasan Pekerja.

16. Penyakit Mental

Psikotik,  gangguan  mental  atau  saraf  dan  keadaan  yang  disebabkan  oleh  penyakit nyanyuk (termasuk apa-apa neurosis dan manifestasi fisiologi atau psikosomatiknya).

17. Kos/ Perbelanjaan Khidmat Bukan Perubatan Serta Aktiviti Sukan Merbahaya Dan Menyalahi Undang-Undang

Kos/perbelanjaan bagi khidmat yang bersifat bukan perubatan, seperti televisyen, telefon, khidmat teleks, radio atau kemudahan yang serupa, kit/pek  kemasukan dan barang bukan-perubatan lain yang tidak layak. 

Lagi satu adalah sakit atau Kecederaan yang timbul daripada apa-apa jenis perlumbaan, sukan berbahaya seperti tetapi tidak terhad kepada terjun udara, luncur air, aktiviti dalam air yang memerlukan alat pernafasan, sukan musim sejuk, sukan profesional dan aktiviti-aktiviti yang melanggar undang-undang.

18. Penerbangan Peribadi

Penerbangan peribadi selain sebagai penumpang yang membayar tambang dalam mana-mana penerbangan komersil berjadual untuk mengangkut penumpang melalui laluan yang ditetapkan.

19. Perbelanjaan Tukar Jantina

Perbelanjaan untuk menukar jantina. Tak kisah lah nak tukar dari lelaki jadi perempuan ke atau dari perempuan tukar jadi lelaki ke. Itu namanya sendiri buat sendiri tanggung!

20. Gigitan Serangga

Sebarang gigitan serangga termasuk gigitan nyamuk dan kecacingan semasa Tempoh Menunggu (waiting period) 120 hari. Lepas 120 hari tu dah boleh cover.

21. Caj-Caj Yang Tidak Berpatutan/ Biasa Diamalkan

Kalau normal hospital lain caj untuk appendics RM11,000 hingga RM15,000 tiba-tiba hospital yang anda masuk tu caj RM50,000. sangat obvious dan ketara perbezaan dia. kalau kes macamni memang syarikat takaful akan soal hospital tersebut kenapa caj mahal lain macam ni. Kalau hospital tu ada reason seperti ada komplikasi ke tak ada masalah lar.

Categories
Medical Card Uncategorized

Medical Card Online Ubah Cara Mohon Takaful

Kini wujud satu platform dinamakan Medical Card Online yang mengubah cara masyarakat memohon takaful daripada kaedah konvensional melalui perjumpaan secara berdepan-depan kepada perjumpaan menerusi alam maya. Jadi anda boleh memohon medical card secara online sahaja

medicalcardonline.my

Apa Dia MedicalCardOnline.my Ni?

Sejak berlakunya penularan wabak covid-19, kesedaran masyarakat tentang kepentingan takaful terutamanya medical card meningkat secara mendadak namun ramai yang takut untuk berjumpa dengan ejen takaful kerana bimbang dijangkiti virus ini.

Melihat perubahan ini syarikat-syarikat takaful mula mengubah langkah dengan memperkenalkan kaedah pendaftaran melalui atas talian tanpa perlu pemohon berjumpa dengan secara berdepan dengan ejen.

Kaedah yang julung-julung kali diperkenalkan ini mendapat sambutan yang baik dikalangan masyarakat kerana tidak perlu lagi berjumpa secara berdepan dengan ejen dan dalam masa yang sama mengelakkan potensi keberjangkitan wabak covid-19.

Melihat peluang ini, satu agensi mengambil inisiatif membuat satu portal untuk memudahkan penyaluran maklumat berkaitan dengan pelan takaful kepada pelanggan. Ini dapat membantu pelanggan lebih memahami perlindungan takaful yang diambil disamping mengelakkan berlakunya salah faham ketika memohon.

Bagaimana Pendaftaran Medical Card Secara Online Dibuat?

1. Layari Laman Medical Card Online

Melalui kaedah memohon medical card secara online ini, pemohon hanya perlu melayari laman web Medical Card Online dan memilih dan memahami produk takaful yang diingini.

Laman medical card online ini dibina seringkas mungkin untuk memudahkan pemahaman pengguna dengan produk takaful yang dipilih.

2. Pilih Masa Temujanji Dengan Wakil Takaful

Selepas memahami dan memilih produk takaful yang diingini, anda hanya perlu menekan butang apply untuk memilih masa untuk penerangan dengan lebih lanjut tentang produk takaful yang diingini.

Terdapat 3 pilihan masa yang diberikan untuk sesi penerangan iaitu 11 pagi, 4 petang dan 10 malam. Selepas menghantar permohonan, wakil daripada medicalcardonline akan menghubungi anda untuk pengesahan permohonan dan seterusnya link untuk penerangan secara online akan diberikan.

3. Penerangan Melalui Zoom Meeting

6 Aplikasi Alternatif kepada Zoom Meeting

Penerangan tentang produk akan diberikan melalui kaedah online iaitu menerusi Zoom Meeting. Kami nasihatkan anda ‘install‘ terlebih dahulu aplikasi ini sebelum sesi bermula.

Kaedah inilah yang membezakan antara permohonan melalui kaedah konvensional yang memerlukan perjumpaan secara fizikal digantikan dengan perjumpaan melalui kaedah maya.

Ketika sesi ini, anda boleh bertanyakan segala detail maklumat yang anda ingin tahu yang tidak ada di dalam portal. Dah juling mata cari maklumat dalam portal tapi tak jumpa-jumpa jugak. Tak apa, anda boleh tanya soalan tersebut ketika sesi Zoom Meeting ini.

4. Lengkapkan Pendaftaran Online

Ada yang bertanya bagaimana tandatangan dibuat menerusi kaedah online ini? Jawapan dia melaui permohonan secara online ini, anda tidak perlu menandatangani apa-apa ketika proses permohonan.

Jadi macamana nak mengesahkan permohonan kita jika tiada tanda tangan?

Untuk menggantikan kaedah permohonan yang menggunakan tandatangan, anda hanya perlu selfie bersama kad pengenalan anda sama seperti anda mengesahkan pendaftaran di aplikasi e wallet.

Apabila anda selfie bersama kad pengenalan anda, ini menunjukkan anda adalah pemohon yang sah. Maklumat-maklumat lain juga diisi secara online oleh wakil medicalcardonline.

5. Mengesahkan Pendaftaran

Setelah permohonan dihantar kepada syarikat pengendali takaful, syarikat takaful akan menghantar satu email kepada anda dan anda hanya perlu membalas YA pada email tersebut dan maka dengan langkah kelima ini maka selesailah permohonan takaful dan medical card secara online.

Apa Komen Kami

Perubahan kelakuan manusia ketika ini sangat ketara, usaha membuat pendaftaran secara online ini amat baik sekali. Ia sangat mudah dan memberi perasaan selamat dikalangan masyarakat untuk mendapat medical card tanpa perlu terdedah dengan risiko jangkitan covid.

Kami jangkakan ini hanya satu permulaan baru bagi industri takaful selepas kemelut virus covid ini dan akan ada banyak lagi perubahan besar yang akan berlaku dalam industri ini.

Baca juga article kami tentang perlindungan

https://thefulus.com/8-cara-popular-pilih-medical-card-terbaik/
https://thefulus.com/21-perkara-yang-tak-dilindungi-medical-card/
Categories
Medical Card

Suntikan Radiofrequency Ablation Mampu Hilangkan Sakit PID, Tapi?

Macam mana boleh kena PID ni eh? Meh nak explain. Kesakitan ini berpunca bila seseorang itu terjatuh dalam posisi terduduk, melakukan kerja-kerja yang berat, berada pada satu postur yang tak ergonomik terlalu lama dan sebagainya. Cewah! Pura-pura pandai.

Tak nak mengulas panjang rasanya korang boleh google sendiri sakit ni macam mana. Cumanya dalam entri kali ini TF nak share pengalaman tidur tak lena, mandi penipulah kalau tak basah tapi makan masih berselera bila isteri tersayang didiagnos menghidap Prolapsed Intervertebral Disc sejak tahun 2016. Dan semenjak kejadian almost every year kami akan check in hospital anak beranak untuk meneman wife jalani rawatan.

Jika sebelum ni, rawatan fisioterapi dan rehabilitasi akan diberikan disamping menelan ubat tahan sakit berpapan-papan. Namun tahun COVID ini sakit tersebut semakin power sehingga memaksa wife TF menerima suntikan RFA untuk hilangkan kesakitan yang dialami.

Hasil tinjauan TF untuk beberapa tahun ini, mereka yang menderita penyakit PID ini kebanyakannya baring sakit, duduk sakit, jalan sakit eh boleh kata semua benda sakitlah. Macam kes wife TF, sampaikan nak minum pun tak mampu nak pegang gelas.

Ianya berlaku pada syawal ke 10. Mungkin disebabkan keghairahan beliau memasak rendang, nasi hujan panas, ayam masak merah nak menyambut raya dan sebagainya menyebabkan beliau alpa untuk menitikberatkan soal kesihatan beliau. Berdiri terlalu lama pun turut jadi sebab sakitnya kembali.

Teringat detik pagi syawal ke 10 bila terdengar wife menjerit panggil dari dalam bilik. Memang cuak lah waktu tu. Pesal?? Ada lipas ke? Kalau ada lipas I cabut lari dulu. Tapi waktu masuk bilik tengok wife dah tersandar di almari, timbul pulak rasa simpati bila tengok tubuhnya menggigil tahan sakit sambil menangis. Tak boleh nak melangkah. Hampir jatuh sebab tak mampu nak berdiri dengan sendiri.

Waktu pimpin dia ke katil hanya kalimah Subhanallah Allahuakbar meniti dibibirnya sambil menitis-nitis air mata duk tahan sakit. Melihatkan keadaannya waktu tu, dalam kepala memang dah standby untuk check in hospital balik.

Unlike previous year, wife akan okay selepas menjalani beberapa sesi fisioterapi namun kali ni macam ada rasa something wrong somewhere. Sampai di Kuala Terengganu Specialist, TF terus bawa wife jumpa Pakar Ortopedics, Spine and Trauma. Mengarutlah kalau bawak pergi jumpa bomoh tulang pulak kan.

So, disebabkan memang dah pernah ada history sebelum ni, semasa konsultasi as usual doktor minta beliau baring untuk tekan bahagian tulang belakang yang sakit bagi kenalpasti tahap kesakitan yang dialami. Lepas dah tekan angkat pulak kaki. Tak sampai 40 darjah bergema satu bilik doktor dengan jeritan dan tangisan. Perghhh memang sakit wei. Syahdu tengok.

Macam tahun-tahun sebelum, datang untuk check saja tapi lepas tu memang akan dapat teruslah dengan pakej penginapan di hospital sekali. So terima jelah. Disebabkan last beliau buat MRI pada tahun 2016, so doktor suruh buat MRI sekali lagi. Dekat setengah jam jugak tunggu sampai setel semua. Malam tu doktor datang ke bilik beritahu result. Kalau sebelum ni PID di tulang L4&L5, tapi kali ni L3&L4 serta tulang L5&S1 turut alami masalah yang sama. Allahuakbar!

Malam tu bermulalah detik perpisahan tak diduga antara seorang ibu dan anak. Disebabkan PKP dan COVID so anak kami tak boleh ikut sama teman ibunya di hospital. Terpaksa tinggalkan dengan nenek akinya. Tak terburu-buru nak buat RFA terus, kami decide nak buat fisio je dulu. First day fisio macam biasa lah buat ultrasound, rangsangan elektrik pada urat saraf, terapi vacuum yang keluarkan udara sejuk. Sebabnya waktu tu pergerakan wife terhad so stretching semua tu tak buat lagi.

Dua kali berturut lakukan fisio tapi sakit still tak berkurang. Pukul 2 pagi wife kejut cakap sakit sangat. Sepanjang malam tu dia tak tidur rupanya duk tahan sakit. Panggil nurse. Nurse masuk suntik painkiller. Lepas tu dapat la lena sejam. Tak lama tu terjaga semula sebab sakit datang balik sampai lah ke subuh. After mandikan dia dan solat subuh sesama, tunggu doktor datang. Kali ni masih 50-50 lagi nak buat RFA ke tak. Macam biasalah bila nak buat sesuatu benda mesti google. Lepas tu terbaca pulak pengalaman orang yang pernah menerima suntikan ini lumpuh setelah doktor tersilap suntik lagilah seriau.

Doktor masuk nak tengok perkembangan. Okay time tu memang tak ada perkembangan. Waktu tu doktor dah suggest dah suruh buat RFA. Tapi liat lagi. Wife kata try fisio dululah. Lagi pun baru first day. So doktor pun kata okay. Masuk hari kedua fisio alhamdulillah dia boleh bangun dari kerusi roda sendiri. Bangga lah sekejap. Tapi tak lama pun. Menjelang petang sakit makin menjadi-jadi. Atas desakan family, dan fikirkan anak so kami decide nak buat terus RFA. Tolak tepi pasal komplikasi semua tu. Yang kami fikir masa tu agar semuanya pulih seperti sediakala dan yang penting boleh balik jumpa anak.

Suntikan Radiofrequency Ablation (RFA)

Radio frekuensi adalah most popular technique di luar negara termasuk Singapore untuk rawat sebarang kesakitan kronik. Keberkesanannya amat tinggi dan tanpa risiko, selain tempoh nak pulih pun cepat.

Prosedur ini disasarkan terus ke atas kawasan yang menyebabkan kesakitan seperti sakit sendi tanpa perlu jalani pembedahan yang meninggalkan komplikasi.

Suntikan tepat dijalankan di bawah panduan sinar X selama satu setengah jam di kawasan yang sakit untuk menghentikan kesakitan. Gelombang radio akan hasilkan arus elektrik dan memanaskan kawasan tisu saraf lalu menghentikan isyarat sakit dikawasan berkenaan.

Suntikan RFA ini sangat membantu tetapi untuk kes wife TF doktor beritahu ia boleh bertahan sehingga 6 hingga 12 bulan. Bergantung pada aktiviti dan penjagaan postur tubuh. Pantang terbesar angkat benda-benda berat. Nak angkat balak ke kereta ke memang tak boleh. Untuk sesetengah pesakit suntikan ini mampu bertahan sampai bertahun. Lebih kurang 70% pesakit rasa lega lepas terima suntikan RFA ini.

Debaran Sebelum Di Bawa Ke Dewan Bedah

Prosedur sebelum ke dewan bedah, beberapa form perlu diisi dan ditandatangani. So nurse pun tanya ada alergik pada ubat-ubatan tak? Yes. Wife memang ada alergik pada ubat-ubatan iaitu painkiller jenis non-steroidal anti inflammatory agent dan voltaren. Taraf-taraf muka berubah jadi opera cinalah kalau tertelan pil-pil tu.

Sebelum ke dewan bedah sempatlah wife jumpa anak sekejap dekat bawah. Yelah bak kata orang kasih ibu bawa ke syurga. Walaupun selalu gaduh tapi bila jauh rindu-rinduan. Sedih, risau pasal anak, tambah pulak dengan sakit lagi, bila nurse masuk nak check blood pressure bolehkan tinggi pulak. So nurse minta bertenang. Lebih kurang lepas zohor wife pun ditolak ke dewan bedah. Pung pang pung pang lebih kurang jam 5 petang dia dimasukkan semula ke wad dalam keadaan lemah, pening dan separa sedar.

Yang paling amazing lepas terima suntikan tersebut Alhamdulillah dengan izin Allah SWT terus boleh jalan macam biasa. Dah tak perlu bantuan untuk turun dari katil. Dah tak perlu gunakan bantuan kerusi roda untuk bergerak. Dah tak perlukan suami lagi untuk buat itu ini. Yayyy!! Sebabkan prosedur tersebut dilakukan pada hari jumaat, so doktor datang melawat keesokannya tu.

Sewaktu lawatan doktor tanya wife. Tak sakit ke cucuk? Saya tengok awak relax je. Abang pembantu dewan bedah tu siap pejam mata waktu saya masukkan jarum kat tulang belakang awak. Dengan selamba wife jawab percayalah doktor sakit saya ni lagi sakit daripada kena cucuk. Kalau tahu tak sakit lama dah saya buat. Gelak doktor.

Ha dekat sini TF nak nasihatkan, pada yang alami masalah yang sama dengan wife TF silalah ketepikan soal takut dan fikir benda kelaut, percaya pada doktor anda serta bertawakkal sepenuhnya pada Allah SWT. Nak tanya pengalaman orang tu boleh, tapi situasi setiap benda tak pernah sama. Lagi satu kena berani. Kita tak tahu kalau tak cuba. Kahkahkah.

Berapa Kos Nak Buat Suntikan RFA?

Ada beberapa rakan bertanya mahal tak buat suntikan RFA ni? Prosedur menelan belanja dekat RM19K++ jugak. Tapi sebabkan wife ada medical card so daripada total tersebut hanya RM4 je yang tak di cover. Bayangkan kalau tak ada medical card time tu. Berpeluh gak nak membayar. So sesiapa yang masih belum ada medical card tu boleh standby satu untuk kes-kes kecemasan macam ni. Jangan bila dah cemas baru nak buat. Maksud TF bila dah berpenyakit.

Macam kes wife TF dia buat medical card sewaktu dia masih student. Memang lepas tu dekat 2 tahun gak tak pernah claim. Alih-alih sejak 2016 hingga sekarang memang almost every year dia akan claim dan claim dia tak pernah tak lulus. Alhamdulillah, lepas menjalani prosedur RFA, dengan izin Allah SWT wife terus dapat berjalan balik seperti sediakala, dan rasa kebas dikaki seperti dikhabarkan oleh doktor yang menjadi komplikasi selepas rawatan pula hanya bersifat sementara.

Wife disuruh rehat selama 2 minggu di rumah dan dinasihatkan tidak melakukan kerja-kerja berat yang boleh sebabkan sakit kembali. Boleh dikatakan lepas discaj wife nampak makin kurang ligat, sampaikan lipat kain pun sambil baring la. So harapnya lepas ni beliau terus istiqamah menjaga kesihatan dan TF juga turut istiqamah membantu dia setel anak dan rumah. Two is better than one. Let’s carry the burden together. Jyeah!!

Categories
Medical Card

Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Medical Card

Sumber : RinggitPlus Blog
Untuk dapatkan rawatan perubatan yang berpatutan, semestinya hospital kerajaan menjadi pilihan utama kerana ia murah dan mudah diakses oleh semua. Namun yang pasti, untuk mendapatkan rawatan di hospital kerajaan ada beberapa perkara yang tak dapat ditoleransi seperti terpaksa menunggu lama dan queue yang panjang. Lepas dah bersapau menunggu, anda kemudiannya diberikan dua (2) pilihan samada: (1) kembali kemudian, atau (2) pergi ke hospital swasta. Sesetengah individu akan memilih pilihan kedua iaitu (pergi ke hospital swasta) tapi bukan sebab bilik wad di hospital kerajaan terhad, tapi memberi rawatan pesakit luar bukanlah pilihan kes utama mereka. Di hospital swasta, anda dengan mudahnya boleh dimasukkan ke hospital atau warded dalam masa yang singkat, disamping mendapat perkhidmatan berkualiti. Bermula dari anda masuk sampailah anda discharge. Layanan yang diberi ibarat anda macam king. Tapi ingat! Segala servis yang diberi adalah berbayar dan amaunnya bukan sikit-sikit. Bukan itu sahaja, hospital swasta biasanya memerlukan anda memiliki insurans kad perubatan (medical card) sebelum anda boleh mendapatkan rawatan.

Kenapa Medical Card ( Kad Perubatan ) Penting?

Kad perubatan (medical card) adalah pelan insurans yang membantu mengurangkan risiko kerugian kewangan apabila seseorang jatuh sakit. Adakah anda tahu bahawa ada kos langsung (cth: Kos kemasukan ke hospital dan rawatan) dan tidak langsung (cth: Kos pengangkutan, penjagaan anak, perbelanjaan isi rumah dll) yang perlu diuruskan ketika anda tak mampu untuk bekerja dan memerlukan rawatan perubatan? Dengan kad perubatan (medical card), anda boleh mengalihkan beberapa risiko ke dalam pelan insurans sambil menerima rawatan perubatan terbaik di mana-mana hospital swasta, selagi ia dilindungi dalam polisi anda. Justeru, artikel ini akan membantu anda membuat keputusan tepat mengenai pembelian kad perubatan (medical card) anda. Jangan sesekali anda berhenti baca! Teruskan meneliti setiap huruf dan ayat yang TF taip ini untuk memahami bagaimana kad perubatan berfungsi, apa yang diharapkan semasa anda membuat tuntutan perubatan dan kad perubatan mana yang terbaik untuk anda!

Terma Insurans Medical Card (Kad Perubatan)

Kad perubatan (medical card) biasanya dilengkapi dengan beberapa ketentuan yang bermaksud melindungi kepentingan kedua-dua pihak: syarikat insurans dan yang diinsuranskan.

Limit Tahunan

Limit tahunan bermaksud jumlah yang boleh dituntut oleh pemegang polisi dalam setahun dan polisi akan diperbaharui setiap tahun pada tarikh ulang tahun polisi anda. Sebagai contoh, jika kad perubatan (medical card) anda mempunyai had tahunan sebanyak RM100,000, anda hanya boleh membuat tuntutan sehingga jumlah ini pada tahun polisi tersebut. Sebarang jumlah melebihi had tahunan tidak akan dilindungi oleh kad perubatan (medical card) anda. Had tahunan pula serendah RM10,000 hingga setinggi RM2 juta dalam setahun. Terdapat juga kad perubatan (medical card) tanpa had tahunan, yang memberi anda fleksibiliti untuk menuntut jumlah sehingga had seumur hidup. Bergantung pada kemampuan kewangan anda semasa membeli pelan insurans takaful, jumlah had tahunan yang sebenar haruslah menampung sepenuhnya kos rawatan untuk sebarang masalah kesihatan yang mungkin timbul. Ini dapat menyelamatkan poket anda dari perbezaan antara bayar had tahunan atau bayar kos rawatan sebenar.

Limit Seumur Hidup

Limit seumur hidup adalah jumlah maksimum yang anda berhak tuntut dari kad perubatan (medical card) anda sepanjang tempoh kontrak anda dengan pelan insurans.
Sumber: RinggitPlus Blog
Mari kita lihat Jadual 1: Perbandingan Had Tahunan Kad Perubatan (medical card) sebagai contoh. Kedua-dua kad perubatan mempunyai had seumur hidup RM1 juta, dengan perbezaan Kad Perubatan (medical card) A dilengkapi dengan Had Tahunan, sedangkan Kad Perubatan (medical card) B tidak. Sekiranya anda memiliki Kad Perubatan (medical card) A, anda akan mendapat manfaat dengan perlindungan 10 tahun dengan had seumur hidup sebanyak RM1 juta (jika anda membuat tuntutan tahunan sebanyak RM100,000). Sekiranya anda memiliki Kad Perubatan (medical card) (medi B, anda mempunyai fleksibiliti untuk menuntut jumlah dalam setahun. Had seumur hidup anda akan dipotong dengan sewajarnya dan menurun secara beransur-ansur selama bertahun-tahun. Tak ada salahnya kalau anda ambil masa agak lama untuk mempertimbangkan mengambil kad perubatan (medical card). Yang penting ialah berapa banyak anda sanggup commit dalam sebulan atau setahun once anda dah buat keputusan.

Surat Jaminan (Guarantee Letter)

Ramai antara kita yakin bahawa kad perubatan (medical card) dapat menjamin kemasukan kita ke hospital. Namun prosedur sebenarnya perlukan masa kerana ia perlukan pemeriksaan balas oleh hospital dan syarikat insurans. Surat jaminan adalah sebahagian daripada polisi kemasukan tanpa tunai, di mana syarikat insurans akan menguruskan bil hospital bagi pihak anda melalui kad perubatan (medical card) anda, dengan syarat anda telah memenuhi terma dan syarat polisi. Tanpa surat jaminan (guarantee letter), kemungkinan besar anda akan tanggung semua kos dengan perbelanjaan anda sendiri.

Hospital Panel

Terdapat senarai kerjasama antara setiap syarikat insurans dengan hospital yang mana pihak hospital akan bersetuju untuk menerima kad perubatan mereka. Mereka ini dipanggil hospital panel. Apabila anda dimasukkan ke salah satu hospital panel, proses kemasukan dan tuntutan akan lebih mudah dibandingkan dengan hospital bukan panel kerana kad perubatan (medical card) anda dijamin oleh hospital panel. Sekiranya anda memilih atau kebetulan dimasukkan ke hospital di hospital tanpa panel, jangan risau! Yang anda perlukan hanyalah laporan perubatan dan bil yang dilampirkan semasa anda membuat tuntutan insurans kepada penyedia insurans. Anda mesti mengemukakan permintaan tuntutan anda dalam tempoh 30 hari selepas anda discaj.

Polisi Tanpa Tunai vs Bayaran Balik

Peraturan asas untuk mendapatkan kad perubatan terbaik adalah mengetahui perbezaan antara polisi tanpa tunai dan pembayaran balik. Polisi tanpa tunai adalah di mana syarikat insurans akan membayar bil terus ke hospital atas nama Orang yang Diinsuranskan. Dengan itu, anda memerlukan surat jaminan daripada syarikat insurans. Di bawah polisi pembayaran balik, anda akan membayar keseluruhan kos rawatan di hospital terlebih dahulu, dan kemudian syarikat insurans akan membayar balik semua perbelanjaan apabila anda telah membuat tuntutan setelah anda discaj.

Bilik dan Kemasukan (Room & Board)

Semua kad perubatan (medical card) merangkumi bayaran bilik sehingga jumlah penginapan maksimum. Sebilangan pihak menekankan manfaat ini kerana proses pemulihan bersifat peribadi serta memerlukan ruang yang selesa. Itulah sebabnya anda boleh pilih untuk dilindungi sepenuhnya atau sebahagian menerusi kad perubatan (medical card) anda di bawah Bilik & Kemasukan. Apabila anda memilih pelan dengan bilik, iaitu bilik RM300 selama 150 hari, ini bermakna kad perubatan melindungi anda sehingga jumlah dan masa tersebut. Sekiranya anda ingin menaik taraf bilik anda, tindakan ini akan mencetuskan klausa dalam kontrak polisi kad perubatan (medical card) anda di mana anda perlu membayar balik perbezaan tersebut. Contohnya, jika anda memilih untuk menginap di bilik Single Deluxe di Kuala Terengganu Specialist dengan RM300 bilik dan kos dewan, jumlah yang perlu anda bayar sendiri adalah RM150 sehari.

Deductible (Boleh Ditolak)

Sumber : RinggitPlus Blog
Perkara yang dapat dikurangkan adalah jumlah risiko yang ingin anda lindungi apabila anda alami kerugian. Dalam konteks kad perubatan (medical card), potongan boleh dibayar oleh Orang yang Diinsuranskan sebelum insurans tersebut mula merangkumi baki bil lain. Oleh kerana jumlah yang ditolak diserap ke dalam premium anda, anda mesti menilai anggaran dan keperluan anda sebelum membeli kad perubatan (medical card). Pelan yang boleh ditolak tinggi menjimatkan premium bulanan atau tahunan. Kelemahannya adalah, anda perlu membayar bil perubatan yang mahal dengan perbelanjaan anda sendiri sebelum perlindungan kad perubatan anda bermula. Pelan yang boleh ditolak rendah hingga sifar, sebaliknya, dilengkapi dengan premium yang lebih tinggi. Bahagian yang cerah adalah, rancangan ini dapat menjimatkan wang anda yang tidak ada ketika anda membuat tuntutan insurans perubatan pada masa akan datang.

Co-Insurans

Ini juga merupakan ciri pembahagian kos antara syarikat insurans dan Orang yang Diinsuranskan. Jumlahnya adalah berdasarkan peratusan dan ia dikenakan setelah anda membayar potongan pelan anda. Biasanya, anda hanya perlu membuat pembayaran dengan peratusan kecil, yang mana selebihnya akan dibayar oleh syarikat insurans. Sebagai contoh, jika kad perubatan anda mempunyai jaminan 20% co-insurance, anda bertanggungjawab untuk 20% daripada jumlah perkhidmatan penjagaan kesihatan, sementara 80% akan dilindungi oleh syarikat insurans anda.

Panduan untuk Menuntut Insurans Perubatan Anda

Memiliki polisi tanpa tunai adalah mudah kerana anda tidak perlu membuat tuntutan setelah anda diberhentikan. Namun, ada situasi yang mengharuskan anda membuat pembayaran di kaunter apabila anda dimasukkan ke hospital, seperti:
  • Kad perubatan anda adalah polisi pembayaran balik
  • Syarikat insurans anda tidak mengeluarkan Surat Jaminan
  • Anda dimasukkan ke hospital tanpa panel
  • Anda mendapatkan rawatan perubatan di luar negara
Sekiranya anda menghadapi salah satu daripada situasi ini, anda boleh menuntut balik perbelanjaan anda dengan mengikuti 3 langkah mudah ini:

Langkah 1 : Sediakan Dokumen

Biasanya, ini antara dokumen yang diperlukan untuk proses tuntutan anda:
  • Salinan Kad Pengenalan anda
  • Laporan perubatan oleh doktor yang merawat
  • Bil perubatan dan resit asal
  • Laporan penyiasatan atau diagnostik (jika ada)
  • Untuk rawatan di luar negara: bil barang asli, tiket penerbangan, pasport
Sentiasa ingat untuk simpan salinan asal bil dan resit semasa anda terima rawatan perubatan kerana mereka mungkin berhak mendapat pembayaran balik. Yang paling penting, laporan perubatan adalah dokumen pra-syarat untuk membuat sebarang tuntutan!

Langkah 2 : Lengkapkan Borang Tuntutan (Claim Form)

Anda perlu lengkapkan borang tuntutan, yang mana ia boleh dimuat turun dari laman web atau aplikasi penyedia insurans anda. Tanpa borang tuntutan ini, permintaan tuntutan anda tidak sah. Luangkan masa untuk membuat penyemakan secara lengkap borang tuntutan anda dan dokumen lain sebelum meneruskannya.

Langkah 3 : Hantar Tuntutan

Terdapat banyak cara yang boleh anda pilih untuk kemukakan tuntutan anda. Anda boleh bergantung kepada ejen anda atau lakukannya sendiri melalui surat atau pergi ke mana-mana cawangan pejabat syarikat pengendali insurans anda. Beberapa syarikat insurans juga menawarkan platform penyerahan dalam talian. Apa pun kaedahnya, anda mesti melengkapkan tuntutan dalam tempoh 30 hari selepas keluar dari hospital untuk layak mendapat bayaran balik. Tapi macam mana pulak kalau penyedia insurans menolak tuntutan anda? Penting untuk anda hubungi ejen anda dan membuat penyemakan polisi. Ia harus dilakukan bersama dengan borang tuntutan (claim form) dan beberapa dokumen lain sebelum permohonan kali kedua dibuat. Selain itu, anda juga boleh mendapatkan bantuan dari Pusat Maklumat PIAM dan Ombudsman for Financial Services (OFS) jika tuntutan anda telah ditolak secara tidak adil.

Kesimpulan

Medical Card (Kad Perubatan) Terbaik Di Malaysia:
  1. Prudential PRUValue Med Medical Card
  2. AXA Affin eMedic Medical Card
  3. AIA A-Plus Health Medical Card
  4. Etiqa Elite Takaful Medical Plus Medical Card
  5. ManuLife ManuHealth Elite Medical Card
  6. Allianz MediSafe Infinite+ Medical Card
  7. Takaful myClick MediCare Medical Card
  8. Great Eastern Smart Medic Medical Card
Sila Klik Di Sini Untuk Permohonan Medical Card Prudential Secara Online Dengan Ejen Berdaftar Yang Sah
https://medicalcardonline.my/